Kitab Rawdhah
al-Thalibin wa ‘Umdah al-Salikin (روضة الطالبين
وعمدة السالكين)[1] merupakan sebuah karya dalam bidang tasawwuf yang
disusun oleh Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali
(1058-1111M).
Kata Imam
al-Ghazali dalam kata pengantar kitab ini; “ Saya menulis kitab ini sebagai
pegangan bagi para pencari kebenaran (طالب الحق) dan
membantu mereka dalam menempuh suluk, insya Allah. Dalam menulisnya, saya
memohon pertolongan Allah Ta’ala agar terhindar dari kekurangan dan kesalahan.
Dialah Penolong dan Pembantu Terbaik. Sesungguhnya Dialah yang maha Dekat dan
Maha mengabulkan Doa. Kitab ini saya namakan Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Salikin
(روضة الطالبين وعمدة السالكين) ”.
Kitab
ini dibahagikan kepada 43 bab dan sebahagian bab pula ada yang dibahagikan
kepada fasal tertentu. Berikut
antara isi kandungan kitab ini;
1. Dasar
Agama
2.
Adab
3.
Makna
Suluk dan Tasawuf.
4.
Makna
wushul dan Wishal.
5.
Makna
Tauhid dan Penyikapan (Mukasyaf)
6.
Makna
Nafsu, Ruh, Hati dan Akal
7.
Makna
Cinta (Mahabbah)
8.
Makna
Kedamaian kerana Allah
9.
Makna
Haya dan Muraqabah
10.
Makna
Kedekatan (al-Qurb)
11.
Kemulian
Ilmu dan kewajipan Mencarinya
12.
Makna
Asama’ al-Husna
13.
Meyakini
dan Berpegang Teguh kepada Akidah yang benar.
14.
Penjelasan Sifat-Sifat Allah SWT.
15.
Hakikat
Ikhlas dan Riya’
Kitab ini diakhiri dengan dengan bab
ke 43, iaitu menerangkan mengenai tatacara solat Ahl al-Qurb (صفة صلاة أهل القرب).
Kitab Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah
al-Salikin boleh dibaca secara atas talian (online) di pautan روضة الطالبين وعمدة السالكين.
Sekadar yang maklumat yang diperolehi,
kitab ini telah diterjemahkan dalam
bahasa Indonesia dengan judul “Taman Kebenaran” dan diterbitkan oleh
Turos Khazanah pustaka Islam, Jakarta Selatan dengan cetakan pertamanya tahun
2017.
Semoga bermanfaat.
[1] Terdapat kitab lain yang hampir sama judul dengan ini, iaitu kitab
Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin (روضة الطالبين وعمدة المفتين) , iaitu sebuah
kitab fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun oleh Imam al-Nawawi (631-676H).
No comments:
Post a Comment