Kitab Rawdh
al-Thalib (روض الطالب) atau judul lengkapnya Rawdh al-Thalib
wa Nihayah Mathlab al-Raghib (روض الطالب ونهاية مطلب الراغب) merupakan sebuah karya fiqh dalam mazhab
Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Syarafuddin Abu Muhammad Ismail bin Abu Bakr
Abdullah al-Muqri al-Yamani (837H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Muqri.
Kitab Rawdh al-Thalib ini
disusun oleh Imam Ibn al-Muqri sebagai ringkasan (mukhtashar) bagi kitab Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin (روضة الطالبين وعمدة المفتين) ,
iaitu sebuah karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya in Syaraf al-Nawawi (631-676H).
Kitab yang terkenal
dengan judul pendeknya al-Rawdh (الروض)
ini menjadi rujukan dan bacaan para ulama mazhab Syafi’i selama beberapa abad.
Kemudiannya, muncul Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin
Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H), telah menyusun
sebuah kitab khusus sebagai huraian (syarah) bagi kitab Rawdh al-Thalib ini
melalui karya beliau yang berjudul Asna al-Mathalib Syarh Rawdh al-Thalib (أسنى المطالب شرح روض الطالب) .
Kitab al-Rawdh
di atas juga telah diringkaskan lagi oleh Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haytami (974H) melalui karyanya yang berjudul al-Nu-‘aim
(النعيم).
Kitab Rawdh al-Thalib
ini boleh dimuat turun melalui pautan روض الطالب ونهاية مطلب الراغب.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment