Kitab al-Hishn
al-Hashin min Kalam Sayyid al-Mursalin ( الحصن الحصين من كلام
سيد المرسلين) adalah sebuah karya yang
menghimpunkan zikir dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw. Kitab ini
disusun oleh Imam Ibn al-Jazari atau nama sebenarnya Syamsuddin Abu al-Khair Muhammad
bin Muhammad bin Ahmad bin ‘Ali bi Yusuf al-Jazari (751-838H).
Imam Ibn al-Jazari
kemudiannya telah meringkaskan kitab al-Hishn al-Hashin ini dengan sebuah karya
beliau yang berjudul ‘Uddah al-Hishn al-Hashin min Kalam Sayyid al-Mursalin
(عدة الحصن الحصين من كلام سيد المرسلين).
Sekadar
maklumat yang diperolehi, kitab ‘Uddah al-Hishn al-Hashin
pula telah diberikan huraian (syarah)nya oleh para ulama, antaranya;
a) al-Imam
al-Muhaddis Muhammad bin Abdul Qadir al-Fasi (1116H), melalui karyanya yang
berjudul Tuhfah al-Mukhlishin bi Syarh ‘Uddah al-Hishn al-Hashin min Kalam
Sayyid al-Mursalin (تحفة المخلصين بشرح عدة الحصن الحصين من كلام
سيد المرسلين).
b) al-Imam
al-‘Allamah Muhammad ‘Ali bin Muhammad al-Syawkani (1250H), melalui karya
beliau yang berjudul Tuhfah al-Zakirin bi ‘Uddah al-Hishn al-Hashin min Kalam Sayyid al-Mursalin (تحفة الذاكرين بعدة الحصن الحصين من كلام سيد المرسلين ).
Kitab al-Hishn al-Hashin boleh dimuat turun di
pautan الحصن الحصين من كلام سيد المرسلين.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment