Thursday, November 1, 2018

Mathlab al-‘Ali fi Syarh al-Wasith (المطلب العالي في شرح الوسيط)


Kitab Mathlab al-‘Ali fi Syarh al-Wasith (المطلب العالي في شرح الوسيط) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Abu al-‘Abbas Najmuddin Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Murtafi’ bin al-Rif-‘ah al-Anshari (645-710H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Rif’ah.

Kitab Mathlab al-‘Ali ini disusun oleh Ibn al-Rif’ah sebagai huraian (syarah) bagi kitab  al-Wasith fi al-Mazhab (الوسيط في المذهب), iaitu karya Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (505H)

Ibn al-Rif’ah memulakan penyusunan karya beliau ini, dari bahagian akhir daripada kitab al-Wasith, iaitu bahagian jinayat, hudud dan ta’zir sehingga akhir kitab dan diikuti dengan bahagian muamalat dan hukum kekeluargaan. Kemudiannya, baharulah beliau menghuraikan bahagian awal kitab, iaitu bahagian ibadat. Namun beliau tidak sempat menyempurnakan karya beliau ini, kerana kewafatannya.

Dalam bahagian ibadat, beliau hanya sempat membuat penghuraian sebahagian daripada bab solat. Ada pengkaji menyebutkan bahawa beberapa bab mengenai ibadat yang ditinggalkan oleh Ibn al-Rif’ah, iaitu zakat, puasa dan haji telah disiapkan huraiannya oleh seorang tokoh ulama mazhab Syafi’i, iaitu al-Imam Najmuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Abu al-Hazm Makiy bin Yasin al-Qurasyi al-Makhzumi al-Qamuli (645-727H).


Sebahagian kitab Mathlab al-‘Ali ini telah oleh ditahqiq oleh Dr. ‘Abdul Basith bin Abdul Rahman. Kitab tahqiq beliau ini boleh dimuat turun di pautan تحقيق جزء من كتاب:” المطلب العالي في شرح وسيط الغزالي” لابن الرفعة (710هـ) رسالة الماجستير

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment