Friday, November 2, 2012

Khazanah Tafsir Di Malaysia

Khazanah Tafsir Di Malaysia merupakan hasil karya Prof. Madya Dr Mustaffa Abdullah, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Buku ini menghimpunkan data-data yang berkaitan dengan pengajian tafsir al-Quran, tokoh tafsir tempatan dan karya kedinamikan tafsir.
 
Ia menampilkan 26 tokoh tafsir dengan pelbagai karya tafsir dalam beberapa aliran tradisional, islah dan al-Dihlawi. Keadaan ini menggambarkan  kedinamikan tafsir al-Quran di kalangan para ulama tempatan dan cendiakawan Islam di Malaysia
 
Isi kandungan buku tafsir in amat sesuai dengan keperluan masyarakat Islam untuk memahami tafsir al-Quran. Ia dimulai dengan sejarah perkembangan pengajian tafsir di Malaysia dan sistem pengajian yang digunapakai. Ia juga menyentuh tentang sejauh mana pengajian tafsir mendapat tempat di Malaysia berbanding dengan disiplin ilmu-ilmu lain. Buku ini juga memaparkan karya dan bentuk penulisan yang dihasilkan dalam pengajian tafsir serta tokoh tafsir di Malaysia yang telah berjuang mengembangkan pengajian tafsir sama ada melalui pengajian mahupun penulisan.

Buku ini amat mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan semua peringkat sama ada sekolah menengah, institusi pengajian tinggi mahupun orang awam.

Paparan data-data dalam buku ini menobatkan jasa dan pengorbanan ulama Melayu dalam penghasilan karya tafsir. Semoga jasa mereka dikenang dan khazanah ilmu yang ditinggalkan dapat dimanfaat dan tidak hilang ditelan zaman.
Dr. Mazlan Ibrahim dari Fakulit Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia yang dijemput sebagai penilai buku Khazanah Tafsir di Malaysia berkata, gaya persembahan buku ini menarik kerana pengaliran ideanya yang nampak tersusun.
 
Malah beliau mengakui buku ini sesuai untuk tatapan masyarakat umum kerana ia mampu memberi input yang bermanfaat kepada bidang tafsir dan secara khususnya kepada perkembangan pengajian dan penulisan kitab-kitab tafsir Melayu Malaysia.
 
Terdapat dua bahagian yang dipecahkan kepada Bahagian 1 merangkumi pengajian tafsir di Malaysia menerusi aliran pengajian pondok, pendidikan formal dan tidak formal.
 
Pada bahagian 2 mengetengahkan tokoh-tokoh tafsir di Malaysia. Antaranya Sheikh Abdul Malik Abdullah, Muhammad Said bin Umar, Syed Sheikh al-Hadi, Uthman Muhammad dan ramai lagi.

Disalindan diedit semula dari;

10 comments:

  1. bagaimana cara membeli buku tersebut??

    ReplyDelete
  2. saya pun sama. mana nak dapat buku ni?

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya tidak pasti adakah buku Khazanah Tafsir di Malaysia ini masih ada stoknya. Tetapi saya ada memiliki senaskhah buku baharu berjudul "Khazanah Tafsir di Nusantara", yang juga hasil kajian penulis dan penerbit yang sama dengan buku Khazanah Tafsir di Malaysia.
    Buku Khazanah Tafsir di Nusantara boleh dibeli secara online di pautan http://www.umpress.com.my/index.php?route=product/product&product_id=53

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku Khazanah Tafsir di Malaysia, anda boleh contact no ini: 0139989972

      Delete
    2. Khazanah tafsir di Malaysia, anda boleh cantact no 0126091314

      Delete
  4. https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Para akademik, para rektor universiti dan para mufti yang dimuliakan.

    Tan Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan yang dimuliakan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam dan hukum syarak oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum bagaimanakah saya nak dapat buku ini "Khazanah tafsir di Malaysia"??

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku ini masih ada, anda boleh contact no ini 0139989972

      Delete