Kitab al-Talkhish
(التلخيض) atau al-Talkhish li Ibn al-Qash (التلخيص لابن القاص) adalah sebuah karya
fiqh berdasarkan Mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Abu al-‘Abbas, Ahmad bin Abu
Ahmad al-Thabari al-Baghdadi al-Syafi’i (335H/946M) yang terkenal dengan
gelaran Ibn al-Qash. Beliau merupakan seorang tokoh utama mazhab Syafi’i pada
zamannya yang termasuk dalam kategori Ashab
al-Wujuh.
Di
antara karya Ibn al-Qash yang lain ialah kitab Adab al-Qadhi (Adab al-Qadha), al-Mawaqit, al-Miftah[1],
Dala-il al-Qiblah dan Nushrah
al-Qawlain li al-Imam al-Syafi’i.
Kitab ini memuatkan
beberapa permasalahan fiqh yang merangkumi hampir keseluruhan perbahasan fiqh
yang biasa dibincangkan dalam karya-karya fiqh. Kitab ini dimulai dengan “Kitab al-Thaharah” dan berakhir dengan “Kitab ‘Itq Ummahat al-Awlad”.
Antara kitab syarah
(huraian) bagi kitab al-Talkhish yang pernah disusun oleh para ulama
terkemudian ialah;
a) Syarh al-Talkhish, karya Abu Abdullah
al-Khatan, Muhammad bin al-Hasan bin
Ibrahim al-Istirabazi al-Jurjani (311-386H / 996M)
b) Syarh Talkhish Ibn al-Qash, karya al-Imam Abu Bakr Abdullah bin
Ahmad bin Abdullah al-Marwazi
al-Khurasani (327-417H), yang terkenal
dengan gelaran al-Qaffal al-Shaghir atau
al-Qaffal al-Marwazi[2].
[1] Di antara ulama yang menghuraikan kitab al-Miftah ialah;
a)
al-Qadhi
Abu ‘Ali, al-Hasan bin Muhammad bin al-‘Abbas al-Zujaji al-Thabari (447H) melalui
kitabnya yang berjudul Ziyadat al-Miftah atau juga dikenali dengan judul al-Tahzib. Beliau adalah murid kepada
Ibn al-Qash.
b)
Abu Mansur Abdul Qahhir bin Thahir bin
Muhammad al-Baghdadi (429H).
c)
Abu
al-Khair al-Maqdisi, Salamah bin Ismail bin Jama’ah (480H).
d)
Muhammad
bin Abdul Malik bin Khalaf, Abu Khalaf al-Sulma al-Thabari (470H)
[2] Antara karya beliau
yang lain ialah Syarh al-Furu’ li Ibn al-Haddad[3] dan Syarh Kitab ‘Uyun
al-Masail li Abi Bakr al-Farisi.
[3] Antara karya beliau
yang lain ialah Syarh Mukhtashar al-Muzani dan
Syarh al-Furu’ li Ibn al-Haddad.
No comments:
Post a Comment