Kitab Maw’izhah
al-Mu’minin min Ihya’ ‘Ulumiddin (موعظة المؤمنين من إحياء علوم الدين) adalah
antara kitab yang terkenal, yang menjadi rujukan dan teks pengajian Islam,
khususnya dalam bidang adab dan akhlak. Kitab ini merupakan ringkasan dari
kitab Ihya’ ‘Ulumiddin karya al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid
al-Ghazali (505H/1111M). Usaha meringkaskan kitab ini telah dilakukan oleh
al-‘Allamah al-Muhaddis al-Mufassir Syaikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi
al-Dimasyqi (1332/1914), seorang ulama terkenal dari Syria.
Kitab
ini merupakan antara ringkasan kitab Ihya’ ‘Ulumiddin yang
terbaik. Kandungannya padat dan hampir menyeluruh meliputi aspek-aspek penting
yang terdapat dalam kitab asal. Di Malaysia, kitab ini menjadi teks pengajian
dan kuliah ilmu di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara. Kitab ini
bagaikan inti kepada kandungan kitab Ihya’ ‘Ulumiddin yang
mudah diambil manfaatnya oleh para pelajar maupun orang awam.
Walaupun, tidak mempelajari kitab Ihya’ ‘Ulumiddin secara
langsung, melalui kitab ini, umat Islam dapat mengenai Imam al-Ghazali dan
karyanya kitab Ihya’ ‘Ulumiddin.
Kata
Syaikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi dalam pengantar kitab ini; “ ….pada tahun
1323H saya mulakan usaha untuk meringkaskan kandungan kitab Ihya’
‘Ulumiddin itu dalam dua juzuk yang sederhana, menurut susunan
asalnya, tanpa sebarang perubahan judul-judulnya ”.
Kitab
ini telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa dunia. Di Malaysia ia telah
diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh beberapa syarikat penerbitan. Melalui
buku terjemahan ini, kandungan kitab Maw’izah al-Mu’minin dapat
dibaca dan diamalkan kandungannya oleh masyarakat Islam di negara ini.
Dalam
koleksi saya, terdapat sebuah buku terjemahan kitab ini dengan judul Bimbingan
Mu’minin. Terjemahan ini diusahakan oleh al-Marhum Syed Ahmad
Semait seorang penulis dan ulama terkenal dari Singapura. Buku ini diterbitkan
oleh Pustaka Nasional, Singapura, dengan cetakan ke 14 pada tahun 2014.
Berdasarkan butiran dalam buku tersebut, buku terjemahan ini mula diterbitkan
pertama kalinya pada tahun 1978. Pada tahun 1990 ia telah dikemaskini dan
telah diterbitkan berulang kali dengan edisi jawi dan rumi.
Kitab
edisi Arabnya boleh dimuat turun di pautan berikut;
Semoga
bermanfaat.
cara membeli kitab ini gimana ya min? mohon infonya, makasih.
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletereferensinya min
ReplyDeletemana lanjutannya ka?
ReplyDeletemin punya terjemahanya ngk?
ReplyDelete𝗔𝗱𝗮 𝗽𝗱𝗳 𝗯𝘂𝗸𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗻𝗴𝗮
ReplyDelete