Friday, June 20, 2014

al-Bahjah al-Wardiyyah (البهجة الوردية)


Kitab al-Bahjah al-Wardiyyah (البهجة الوردية ) atau Manzhumah al-Bahjah al-Wardiyyah (الوردية منظومة البهجة) merupakan sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam oleh al-Imam Zaynuddin Abu Hafsh ‘Umar bin al-Muzaffar bin ‘Umar al-bin al-Wardi Mu’arri al-Kindi (749H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Wardi. 

Kitab al-Bahjah ini juga dikenali sebagai Bahjah al-Hawi, kerana kitab ini disusun oleh Ibn al-Wardi sebagai ringkasan bagi kitab al-Hawi al-Shaghir, iaitu sebuah kitab yang disusun oleh al-Imam Najmuddin Abdul Ghaffar bin Abdul Karim al-Qazwaini al-Syafi’i (585-665H). Manakala kitab al-Hawi al-Shaghir ini pula adalah ringkasan bagi kitab Fath al-‘Aziz atau al-Syarh al-Kabir karya al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i al-Qazwaini (624H). 

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya al-Durar al-Kaminah, terdapat 5063 bait yang disusun oleh Ibn al-Wardi bagi melengkapi karya beliau ini. Kitab al-Bahjah al-Wardiyyah ini kemudiannya telah disyarah oleh beberapa orang ulama,  antaranya ialah;

1)      Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin Abdul Rahim al-Iraqi al-Mishri (762-826H)

2)     Syamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khathib al-Syarbini (977H)

3)     Syaikh al-Islam al-Qadhi Zainuddin Abu Yahya Zakariya al-Anshari (823-926H)

4)     Syamsuddin al-Jamal Muhammad bin Syihabuddin Ahmad al-Ramli (919-1004H)

5)      al-Qadhi Syarafuddin Hibatullah bin Abdul Rahim al-Barizi[1] (645-738H)


Di antara kitab syarah al-Bahjah yang paling terkenal dan masih dicetak dan diterbitkan hingga kini ialah kitab yang disusun oleh Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari, iaitu kitab   “ al-Ghurar al-Bahiyyah fi Syarh Manzhumah al-Bahjah al-Wardiyyah (الـغـرر الـبـهـيـة في شـرح مـنـظـومـة الـبـهـجـة الـورديـة) ”. Berdasarkan terbitan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah – Beirut –Lubnan,  ia dicetak dalam 11 jilid. 

Download kitab al-Bahjah al-Wardiyyah di pautan berikut;

Semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment