Sunday, June 29, 2014

Solat Tarawih: Bilangan Rakaat di sisi Salafus Soleh



Buku "Solat Tarawih: Bilangan Rakaat di sisi Salafus Soleh" merupakan sebuah buku terjemahan bagi sebuah karya al-Hafidz Jalaluddin al-Suyuthi yang berjudul “ al-Mashabih fi Shalah al-Tarawih”. Dalam kitab ini dibincangkan secara tuntas mengenai bilangan rakaat solat tarawih mengikut perbuatan Nabi Sallallahu alaihi Wasallam dan Ulama Salaf. Imam al-Suyuthi telah menyusun dalil-dalil satu persatu bermula dengan hadis, athar sahabat dan pendapat Ulama Salaf berkenaan masalah tersebut.

Berdasarkan kitab ini, dapat disimpulkan bahawa pendapat para ulama mengenai rakaat solat tarawih - sama ada dilaksanakan sebanyak 8, 20, 26, 36 atau 42 rakaat, kesemuanya terdapat hujah dan dalil dari Ulama Salaf.

Menurut Imam Suyuthi pada zamannya terdapat kelompok yang menyangka solat tarawih yang menepati sunnah adalah 20 rakaat,  sebagaimana ada golongan pada hari ini menyangka solat tarawih yang menepati sunnah adalah 8 rakaat. Masing-masing bertegas dengan pendapat masing dicampur pula dengan unsur syaitani di dalam hati yang sentiasa mencari perpecahan di atas nama agama. Sebahagian Salaf menyukai  bacaan yang panjang, lalu dipendekkan rakaat. Sebahagian lain pula menyukai dengan bacaan pendek lalu diperbanyakkan rakaat. Menjaga perpaduan satu kewajipan, berpecah dengan masalah khilaf satu kebodohan.

Buku terjemahan yang setebal 166 halaman ini merupakan hasil terjemahan oleh Ariff Idzuan Nordin telah diterbitkan oleh Pustaka Darussalam, Kedah dengan cetakan pertamanya pada tahun 2008.

Kitab edisi Arabnya boleh dimuat turun melalui pautan berikut
http://www.fikihkontemporer.com/2014/07/download-kitab-al-mashobih-fi-sholat-at.html

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment