Karya
peninggalan ulama yang ingin dikongsi bersama pada kali ini adalah sebuah buku kecil
yang berjudul “ Cenderamataku ”. Buku ini adalah karya seorang tokoh
ulama terkenal di Kelantan, iaitu Haji Yaakub bi Haji Ahmad[1] (
1895-1957), yang terkenal dengan julukannya
Haji Yaakub Gajah Mati.
Buku
ini pertama kali dicetak pada 11 Sya’ban 1376H bersamaan 13 Mac 1957 di Persama
Press, Pulau Pinang, dengan ketebalan 37 halaman– di bawah pembiayaan anak-anak
al-Marhum Haji Yaakub sendiri. Ia telah dicetak buat kali keduanya pada tahun 1979
dengan ketebalan 46 halaman oleh Percetakan al-Ahliyah, Kota Bharu. Kedua-dua
cetakan ini dalam tulisan Jawi dan merupakan “cetakan istimewa”[2]
kerana ia diberikan secara percuma dan tidak diizinkan dijual.
Berikut
adalah petikan sepatah kata penerbit yang dilampirkan dalam risalah ini;
“
Buku ini adalah disusun oleh ayahanda kami beberapa minggu sebelum beliau
meninggal dunia yang fana ini. Sejurus sebelum menghembus nafasnya yang akhir
beliau telah berwasiat supaya buku ini dicetak dan dihadiah kepada mana-mana
murid-muridnya, kenalannya dan ikhwanul muslimin yang ingin mengambil manfaat daripada
buku ini.
Moga-moga
buku ini akan jadi sebaik-baik cendera mata hidup dari beliau dan sebaik-sebaik
sedekah jariah yang dipohon akan berkekalan kebajikan dan pahalanya kepada
beliau .”
Kandungan
buku ini..
Bagi
mengetahui kandungan buku ini, berikut dilampirkan petikan pendahuluan oleh
penyusunnya;
“
Inilah risalah kecil yang disusun untuk menyatakan kelebihan bacaan
al-Musabba’at al-‘Asyarah[3] (المسبعات العشرة) dan kelebihan wirid-wirid Nabi yang
dibaca pagi dan petang dan waktu-waktu yang lain.
Pada
akhir rislah ini, saya susun pula ringkasan aqidah atau kepercayaan yang
berkenaan dengan sifat[4] yang sabit bagi Allah
SWT yang wajib diketahui oleh tiap-tiap orang yang mukallaf. Tujuan ringkasan
aqidah ini ialah untuk menyenangkan orang-orang awam bangsaku Melayu yang tidak
mengerti mengenal Allah (melalui) bahasa Arab dan mengetahui sifat-sifatNya
dengan tidak lagi dikehendaki tahu lafaz-lafaz Arab. Ringkasan itu dihurai
dengan cara yang senang berasaskan ajaran al-Quran dan hadis serta ajaran Ulama’
Salaful Sholihin. Moga-moga ringkasan itu akan meneguh kepercayaan dan
mendalamkan pengertian mereka
”.
Sekadar
ini sahaja yang dapat saya kongsi bersama pembaca mengenai buku “Cenderamataku”
ini. Semoga bermanfaat.
Rujukan;
1) Cenderamataku,
cet. 2, 1979.
2)
Artikel: Haji Yaakub Haji Ahmad Gajah Mati oleh Ismail Awang (Pengasuh, bil.
414, 1976)
[1] Beliau adalah bapa
kepada al-Marhum Datuk Yusuf Zaki Yaakub, seorang ulama terkenal di Kelantan.
Di antara karya terkenal beliau ialah Terjemahan Tafsir Fi Zilal al-Quran,
iaitu kitab tafsir yang disusun oleh al-Syahid Sayyid Qutb.
No comments:
Post a Comment