Saturday, November 23, 2013

Islam Di Antara Ulama dan Pemerintah


Kali ini saya mahu kongsi bersama pengunjung blog karya ulama ini sebuah buku yang berjudul “ Islam Di Antara Ulama dan Pemerintah ”, sebuah karya terjemahan oleh Haji Mohd Tahir Daeng Mengati. Buku ini telah diterbitkan oleh Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, dengan cetakan pertamanya pada tahun 1988. Buku yang saya miliki adalah cetakan kali keduanya pada tahun 1992. Ketebalan halamannya tidak termasuk prakata penterjemah ialah 417 halaman.

Buku asalnya merupakan sebuah karya dalam bahasa Arab berjudul “ al-Islam Baina al-‘Ulama wa al-Hukkam(الإسلام بين العلماء والحكام). Buku ini merupakan karya Syeikh ‘Abdul ‘Aziz al-Badri (1929-1969)[1], seorang tokoh pendakwah yang terkemuka di ‘Iraq. Semasa hidupnya beliau adalah seorang dari pemimpin Ikhwan al-Muslimin Iraq. Gerakan Islam yang gigih berjuang bagi menegakkan Daulah Islamiah di dunia ini.

 
Ringkasan kandungan buku ini…

Intipati kandungan buku ini, sebagaimana yang diterangkan dalam prakata penterjemah buku ini;

Tulisan beliau (Syaikh Abdul ‘Azizi al-Badri) ini bertujuan untuk memaparkan kembali sejarah perjuangan para ulama di sepanjang sejarah Islam. Kegigihan, kesabaran dan ketabahan para ulama di dalam menghadapi mihnah dan tribulasi akibat dari perjuangan mereka, perlu dijadikan sumber inspirasi bagi para pendakwah Islam masa kini. Penulis buku ini telah membuktikan jihadnya dan telah mengalami mihnah dan tribulasi yang merupakan sunnah Allah fid dakwah”.

Buku ini dimulakan dengan sebuah muqaddimah oleh pengarangnya dan diikuti dengan 7 bab seperti berikut;

Bab 1: Ulama dan Pemerintah di Zaman Islam

Bab 2: Ulama menasihati Pemerintah

Bab3: Ulama dan Sikap Mereka menghadapi Pemerintah

Bab4: Ulama dengan Anugerah Pemerintah

Bab 5: Ulama dan Gangguan Pemerintah

Bab 6: Ulama di Dalam Penjara Pemerintah

Bab 7: Ulama dan Jihad

Kandungan buku ini sangat penting kepada umat Islam, khusus para da’i, kerana ia dipenuhi dengan kisah perjuangan para ulama silam dan era moden yang ikhlas dan tabah  menjalankan tanggungjawab mereka kerana Allah SWT.

Kitab edisi Arabnya boleh didownload di pautan berikut;


Semoga bermanfaat.



2 comments:

  1. BAGAIMANA NAK MENDAPAT BUKU INI DAN SIAPA YG PERLU DIHUNBUNGI

    ReplyDelete
  2. Salam. Sekadar pengetahuan saya buku ini belum ada terbitan terbaharunya. Saya sendiri meninjau beberapa kedai buku agama, khususnya di syarikat jaafar rawas, kota bharu, (kedai buku tempat saya beli edisi terbitan lama yg saya miliki), namun saya tidak menjumpainya.

    ReplyDelete