Kitab
al-Ushul wa al-Dhawabith (الأصول والضوابط) adalah
sebuah karya peninggalan al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf
al-Nawawi (631-676H).
Walaupun saiz
kitab ini sangat
kecil berbanding karya-karya Imam al-Nawawi yang lain, namun kandungannya sangat
penting dan padat dengan beberapa permasalahan agama yang penting. Dalam kitab ini, Imam
al-Nawawi telah memuatkan 9 perbahasan mengenai permasalahan yang perlu
diketahui oleh para penuntut ilmu syariat.
Permasalahan
pertama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan pandangan Mazhab Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah mengenai beriman kepada Qadar. Manakala perbahasan-permaslahan
berikutnya adalah berkaitan dengan permasalahan
fiqh dan usul fiqh.
Kitab
ini telah ditahqiqkan oleh Dr Muhammad Hasan Hito dan diterbitkan dengan cetakan
pertamanya oleh Dar al-Basya-ir al-Islamiyyah pada tahun 1986/ 1406 dengan ketebalan
48 halaman. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan الأصول والضوابط.
Semoga
bermanfaat.
terima kasih atas perkongsian. sangat membantu. sementara itu, boleh ke tuan terangkan maksud 9 dari tajuk tu. saya dapati tidak banyak di internet yang membahaskan ttg kitab ini.
ReplyDelete