Kitab Kasyf al-Mughaththa fi Tabyin al-Shalah
al-Wustha (كشف المغطى في تبيين الصلاة الوسطى) merupakan sebuah kitab yang disusun oleh al-Imam al-Hafizh Syarafuddin
Abdul Mukmin bin Khalaf bin Abu al-Hasan bin Syaraf bin al-Khidhr bin Musa al-Dimyathi al-Syafi’i
(613-705H). Beliau merupakan seorang ahli hadis yang terkenal pada zamannya. Di
antara guru beliau ialah al-Hafizh ‘Abdul ‘Aziz al-Munziri (). Manakala antara
murid-murid beliau ialah al-Hafizh al-Mizzi, al-Hafizh al-Zahabi, al-Imam
Taqiyuddin al-Subki dan Imam Ibn Sayyidil Nas.
Dalam kitab ini, Imam ‘Abdul Mukmin al-Dimyathi telah
menghimpunkan hadis-hadis Rasulullah saw yang menguatkan pandangan yang
menyatakan maksud solat al-Wustha (الوسطى) dalam ayat 238, surah al-Baqarah adalah solat ‘Ashr (العصر).
Kitab ini telah menjadi rujukan para ulama terkemudian dan isi kandungannya telah dinukilkan
dalam kitab-kitab mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai kitab ini, sila baca kitab
ini di pautan
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment