Kitab al-Miftah fi al-Fiqh al-Syafi’i (المفتاح في الفقه الشافعي) adalah antara
karya fiqh dalam mazhab Syafi’i, yang disusun oleh al-Imam al-Qadhi Abu
al-‘Abbas, Ahmad bin Abu Ahmad al-Thabari al-Baghdadi al-Syafi’i (335H/946M),
yang terkenal dengan gelaran Ibn
al-Qash. Beliau merupakan seorang tokoh utama mazhab Syafi’i pada zamannya, di
mana para ulama mazhab Syafi’i telah memasukkan beliau dalam kategori para
Mujtahid al-Muqayyad atau Ashab al-Wujuh, iaitu martabat yang ketiga dalam
susunan para ulama mazhab.
a) al-Qadhi Abu ‘Ali,
al-Hasan bin Muhammad bin al-‘Abbas al-Zujaji al-Thabari (447H), melalui
kitabnya yang berjudul Ziyadat al-Miftah atau juga dikenali dengan judul al-Tahzib. Beliau adalah murid kepada
Ibn al-Qash.
b) Abu Mansur Abdul Qahhar
bin Thahir bin Muhammad al-Baghdadi (429H).
c) Abu al-Khair al-Maqdisi,
Salamah bin Ismail bin Jama’ah (480H).
d) Muhammad bin Abdul Malik
bin Khalaf, Abu Khalaf al-Sulma al-Thabari (470H).
Sekadar
ini sahaja, maklumat yang diperolehi mengenai kitab al-Miftah karya Ibn al-Qash ini. Saya belum mendapat maklumat mengenai
kewujudan manuskrip atau versi cetakan bagi karya ini.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment