Kitab
al-Tazkirah
fi al-Fiqh al-Syafi’i[1]
(التذكرة في الفقه الشافعي) adalah sebuah kitab fiqh yang ringkas dan
padat dengan permasalahan fiqh menurut mazhab Syafi’i. Kitab ini merupakan
sebuah karya peninggalan al-Imam al-‘Allamah al-Hafizh Syaikh al-Islam
Sirajuddin Abu Hafsh ‘Umar bin al-‘Allamah ‘Aliy Nurul Din al-Nahwiy bin Ahmad al-Mishri al-Syafi’i
(723-804H). Beliau terkenal dengan gelaran Ibn al-Mulaqqin. Di samping itu
beliau juga dikenali dengan gelaran Ibn al-Nahwi kerana bapanya ‘Ali adalah
Ahli Nahu (al-Nahwi).
Kitab
al-Tazkirah disusun sebagaimana penyusunan kitab-kitab fiqh yang lain,yang mana
kandungannya meliputi sebahagian besar permasalahan fiqh yang biasa
dibincangkan dalam kitab fiqh. Pembahagian kandungannya berdasarkan “
kitab-kitab ” tertentu. Di awal kitab (dalam pendahuluannya) diterangkan secara
ringkas mengenai akidah dan diikuti dengan tajuk-tajuk (kitab) taharah, solat,
zakat, puasa haji, jual beli, fara-id, pemburuan dan sembelihan, wadi’ah,
nikah, jenayah, sumpah dan nazar, jihad dan kehakiman (qadha’). Manakala setiap
kitab pula dibahagikan kepada beberapa fasal.
Berdasarkan
edisi kitab al-Tazkirah yang
diterbitkan oleh Dar al-Ilmiah, Beyrut dengan cetakan pertamanya pada tahun 2006,
kitab ini telah ditahkik oleh Muhammad Hasan Muhammad Hasan Ismail dan dicetak
dengan 160 halaman.
Kitab
al-Tazkirah ini boleh dibaca secara online
di pautan;
atau
dimuat turun file pdf di pautan;
Semoga
bermanfaat
[1] Selain kitab ini,
terdapat karya Ibn al-Mulaqqin yang lain berjudul al-Tazkirah, iaitu;
a)
Kitab
Tazkirah
al-Akhyar bi ma fi al-Wasith min al-Akhyar.
b) Kitab
al-Tazkirah
fi ‘Ulum al-Hadis (التذكرة في علوم الحديث). Kitab ini telah diberikan huraiannya oleh al-Imam Muhammad bin Abdul Rahman bin
Muhammad al-Sakhawi (902H) melalui karya beliau yang berjudul al-Tawdhih
al-Abhar li Tazkirah Ibn al-Mulaqqin fi ‘Ilm al-Atsar (التوضيح الأبهر لتذكرة ابن الملقن في علم الأثر).
No comments:
Post a Comment