Kitab Futuhat
al-Wahhab bi Taudih Syarh Manhaj al-Thullab. (فتوحات الوهاب بتوضيح شرح منهج الطلاب) adalah
antara kitab fiqh dalam mazhab al-Syafi’i yang menjadi rujukan para ulama
mazhab. Kitab ini adalah hasil karya al-‘Allamah Sulaiman bin Umar bin Manshur
al-‘Ujaili - yang terkenal dengan sebutan al-Jamal (1204
H).
Kitab
ini disusun sebagai huraian atau komentar (hasyiah) bagi kitab Syarah Manhaj
al-Thulab. Kitab Syarh Manhaj al-Thullab atau judul lengkapnya Fath
al-Wahhab Syarh Manhaj al-Thullab (فتح
الوهاب شرح منهج الطلاب ), pula merupakan karya Syaikhul
Islam Abu Yahya Zakaria al-Anshari (926H) sebagai huraian (syarah) bagi
kitab Manhaj al-Thullab, iaitu sebuah karya beliau sendiri.
Manakala kitab Manhaj al-Thullab ini pula merupakan ringkasan dari kitab Minhaj
al-Thalibin (منهاج الطالبين) karya
Imam Abu Zakariya Yahya bn Syaraf al-Nawawi (676H).
Sebagaimana
yang disebutkan di atas, kitab Manhaj al-Thullab maupun Syarahnya, kedua-duanya
merupakan karya Syaikhul Islam Zakaria al-Anshari. Manakala kitab Futuhat
al-Wahhab bi Taudih Syarh Manhaj al-Thullab ini disusun dalam bentuk
kitab hasyiyah (komentar) bagi kitab Syarh al-Manhaj. Kitab
Futuhat al-Wahhab ini lebih dikenal dengan sebutan Hasyiyah al-Jamal.’ala
Syarh al-Manhaj (على شرح المنهجحاشية الجمل ). Dengan menggunakan nama inilah
kitab ini dicetak berulang kali. Edisi cetakan yang paling baik adalah edisi
yang ditahkik oleh Syaikh Abdur Razzaq Ghalib al-Mahdi- yang diterbitkan
oleh Darul Kutub al-Ilmiyyah Beirut dalam lapan jilid tebal, dengan cetakan pertamanya
pada tahun 1996.
Kitab ini boleh dimuat turun di pautan فتوحات الوهاب بتوضيح شرح منهج الطلاب.
Sumber; Catatan di atas, adalah dipetik dan diubahsuai dari buku “
Ensiklopedia Imam al-Syafie Jilid 1 ( Pengantar Mazhab al-Imam al-Syafie),
terbitan al-Hidayah Publications Cet. 1 2012. Buku ini adalah terjemahan kitab
al-Madkhal Ila Mazhab al-Imam al-Syafi’i karya Dr. Akram Yusuf ‘Umar
al-Qawasimi. Lihat hal. 511. Semoga bermanfaat.
Adakah terjemahan nya
ReplyDelete