Kitab
al-Durrah al-Yatimah Syarh al-Subhah al-Tsaminah Nazm al-Safinah (الدرة اليتيمة
شرح السبحة الثمينة نظم السفينة) adalah sebuah karya
fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh Muhammad bin Ali Muhammad Ba
‘Athiyyah al-Du’ani ().
Kitab al-Durrah al-Yatimah ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi sebuah nazam fiqh yang disusun Sayyid al-‘Allamah Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad (1416H) yang berjudul al-Subhah al-Tsaminah (السبحة الثمينة). Manakala nazam al-Subhah al-Tsaminah pula disusun berdasarkan kitab Safinah al-Najah (سفينة النجاة فيما يجب على العبد لمولاه), iaitu matan fiqh yang disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Salim bin Abdullah bin Sa’ad bin Sumair al-Hadhrami ().
Kitab ini boleh dimuat turun di pautan الدرة اليتيمة شرح السبحة الثمينة نظم السفينة. Manakala matan nazam al-Sabhah al-Tsaminah boleh muat turun di pautan السبحة الثمينة.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment