01. Kitab Munyah
al-Mushalli wa Ghunyah al-Mubtadi (منية المصلي وغنية المبتدي)
Ia merupakan
antara kitab “matan” fiqh yang muktamad dalam mazhab Hanafi. Ia adalah sebuah
karya al-Imam Sadiduddin Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali al-Kasyghari (705H).
Kandungan kitab ini membicarakan secara khusus mengenai ibadat solat
berdasarkan mazhab Hanafi. Baca maklumat seterusnya di SINI.
02. Kitab Munyah
al-Mushalli (منية المصلي)
Ia adalah karya al-‘Alim
al-‘Allamah al-Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani (1769-1847), seorang ulama yang terkenal
dengan karya-karyanya yang menjadi
rujukan para ulama dan masyarakat Melayu di Nusantara hingga ke hari ini. Kitab ini merupakan sebuah karya fiqh yang
masyhur dalam bahasa Melayu, yang khusus membicarakan perkara-perkara yang
berkaitan tentang solat (baca: sembahyang). Baca maklumat seterusnya di SINI.
No comments:
Post a Comment