Tuesday, July 22, 2014

al-Yaqut al-Nafis


Kitab al-Yaqut al-Nafis atau judul panjangnya al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris fi Fiqh al-Sadat al-Syafi’iyyah merupakan sebuah kitab fiqh dalam mazhab al-Syafi’i. Kitab ini merupakan sebuah karya yang disusun oleh al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad bin ‘Umar al-Syathiri (1312-1360H), seorang ulama mazhab al-Syafi’i yang terkenal pada zamannya.

Kandungan kitab ini membicarakan hampir keseluruhan perbincangan bab fiqh dalam mazhab al-Syafi’i, namun perbincangan secara ringkas. Kitab ini, dianggap sebagai kitab matan fiqh dalam mazhab al-Syafi’i, yang mudah ibaratnya. Untuk memudahkan para pembacanya memahami kitab ini, Sayyid Ahmad al-Syathiri telah menyediakan beberapa penerangan ringkas yang berbentuk hawasyi dan takliq bagi beberapa perkataan dan permasalahan yang dibincangkan dalam kitabnya.

Kitab yang bermanfaat ini telah dicetak berulang kali dan menjadi teks pengajian fiqh al-Syafi’i di kebanyakan negara Islam. 

Kitab al-Yaqut al-Nafis ini kemudiannya telah dibuat huraiannya (syarah) oleh Syaikh al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri (1422H) dengan judul “ Syarh al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris ”. Beliau merupakan anak kepada pengarang asal kitab al-Yaqut al-Nafis, iaitu al-Sayyid Ahmad al-Syathiri. Berdasarkan terbitan Dar al-Minhaj pada tahun 2007, kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis ini dicetak dalam satu jilid yang kandungannya  merangkumi 976 halaman.

Semoga bermanfaat.

3 comments:

  1. salam... boleh tak saudara mengisi sedikit artikel saudara dengan menyusun susur jalur kitab2 fiqh hanafi sebagaimana penulisan saudara dalam kitab2 mazhab syafie... ianya amat penting bg pengkajian saya... harap pertolongan ikhlas dr saudara...

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih, kerana sudi mengunjungi blog ini. Sebenarnya saya belum memberi perhatian kepada kitab2 mazhab hanafi, catatan ringkas dalam blog ni hanyalah beberapa catatan peribadi yang diambil drp beberapa sumber. Mungkin artikel di pautan berikut ada sedikit maklumat mengenai kitab2 mazhab hanafi http://www.tranungkite.net/lama/b07/zaha9.htm. Saudara juga boleh merujuk kitab2 mazhab hanafi dlm file PDF di pautan http://www.waqfeya.com/category.php?cid=81

    ReplyDelete
  3. Salam ust..mohon ust kongsikan kat ana kitab2 berkaitan ngan fiqh muamalat utk dijadikan rujukan..syukran

    ReplyDelete