Saturday, July 27, 2013

al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i


Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i (الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي) merupakan sebuah karya fiqh aliran mazhab al-Syafi’i yang kontemporeri, yang disusun oleh tiga tokoh ulama terkenal dari Syiria, iaitu al-‘Allamah Dr. Mustafa al-Khin, Syaikh Dr. Mustafa Dib al-Bugha dan Dr. Ali al-Syarbaji. Kitab ini sangat masyhur di kalangan pengikut Mazhab Syafi’i masa kini, bahkan diajar di pusat pengajian tinggi dan juga di masjid-masjid di seluruh dunia Islam.

Kitab ini telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa dunia, termasuklah dalam bahasa Melayu dan Indonesia. (Insya Allah saya akan lampirkan beberapa edisi terjemahan kitab ini yang telah diterbitkan di Malaysia pada kesempatan yang lain).

Berikut ringkasan kandungan kitab ini berdasarkan buku terjemahan yang diterbitkan oleh Darul Syakir Enterprise, iaitu buku yang diterjemahkan oleh panel yang diketuai oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. Buku ini terdiri dari 7 buah buku termasuk muqaddimahnya;
 
  1. Muqaddimah: Menceritakan tentang Kitab al-Fiqh al-Manhaji, keistimewaannya, metodologi terjemahan, bibliografi ringkas pengarang, tokoh hadith dan Imam Al-Syafi'i serta fiqhnya, Mabadi'      al-‘Ulum, Istilah Fiqh al Syafi', Pendapat Tokoh dan Ulama' Berkenaan Kitab al-Fiqh al-Manhaji.
  2. Jilid 1: Hukum Bersuci, Solat, Azan & Iqamah,Zakat Fitrah, Qurban dan Jenazah.
  3. Jilid 2::Zakat, Puasa, Haji & Umrah, Bersumpah, Nazar, Perburuan, Penyembelihan, Aqiqah, Makanan & Minuman, Permasalahan Dadah, Pakaian & Perhiasan dan Kaffarah.
  4. Jilid 3 :Bab Nikah dan Perkara Berkaitan, Poligami, Rukun Mut'ah, Nusyuz, Fasakh, Talaq, Iddah, Nafaqah, Penjagaan Anak, Penyusuan, Keturunan, Anak Pungut, Wakaf, Wasiat dan Pemegang Amanah.
  5. Jilid 4 :Ilmu Faraid, Jual Beli, Khiar, al-Iqalah, Salam, Kontrak Jual Beli Tempahan, Riba', Sarf, Hutang dan Anugerah.
  6. Jilid 5 :Hiwalah, Syuf'ah, Musaqah, Muzara'ah, Pinjaman, Syarikat dan Pelaburan.
  7. Jilid 6 :Jenayah, Qisas, Diyat, Hudud, Zina, Minum Arak, Mencuri, Hirabah, Murtad, Jihad, Perlumbaan, Hiburan, Kehakiman, Dakwaan & Bukti, Sumpah, Pengakuan, Halangan dan Pemimpin.
Semoga bermanfaat.
 
 
Download kitab terjemahan al-Fiqh al-Manhaji jil. 1 terbitan JAKIM di pautan 
 

4 comments:

  1. Assalamua'laikum sahabat, dekat mana boleh dapat kitab nih?

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam.

    kalau di kota bharu Kelantan ada dijual kedai buku Syarikat Ja'afar Rawas. saya rasa banyak kedai buku agama yang menjual kitab ini. buku terjemahannya, sahabat boleh beli secara online. sila layari pautan berikut: http://www.pds.my/product.php?mode=view&pid=7711
    saya lihat ada 2 versi terjemahan yang dijual di pds tu;
    1) terbitan jakim 5 jilid = RM 275.00
    2) terbitan Pustaka Salam 8 jilid = RM 156.00

    ReplyDelete