Thursday, February 14, 2013

Qawa'id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam


Kitab Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam merupakan sebuah karya dalam bidang kaedah fiqh (Qawa’id Fiqhiyyah) dalam mazhab al-Syafi’i. Ia disusun oleh al-Imam ‘Izzuddin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdul Salam al-Sulami al-Syafi’i (577-660H). Keluarga Imam ‘Izzuddin berasal dari Maghribi, namun beliau dilahirkan di Damsyiq Syria dan menetap dan meninggal dunia di Mesir. Murid beliau al-Imam Ibn Daqiq al-‘Eid menggelar beliau sebagai “Sultan al-Ulama”. Beliau terkenal sebagai seorang ahli fiqh dan ushul fiqh, gramatika arab, dan tafsir.
 
 
Kandungan Kitab;
 
 
Dalam kitab ini, beliau telah merangkumkan semua permasalahan fiqhiyyah hanya dalam satu kaedah asas, iaitu “ i’tibar al-mashalih wa dar’ al-mafasid. Kitab ini memang sengaja ditulis oleh pengarangnya untuk menerangkan tujuan utama syariat yang menurut beliau hanya tertuang dalam satu asas, iaitu mencapai cita-cita kemaslahatan umat dengan prinsip asas “ tahshil al-mashalil dan “ dar’ al-mafasid atau yang biasa disebut dengan “ jalb mashalil wa dar’ al-mafasid (menarik kemaslahatan dan menolak kerusakan).
 
 
Imam ‘Izzuddin Ibn Abdul Salam menerangkan tujuan kitab ini disusun, katanya;

Tujuan menulis buku ini ialah menerangkan kepentingan-kepentingan yang diperolehi dari bentuk ketaatan yang dibuat, muamalat dan semua tindakan oleh seorang hamba Allah. Ia juga menerangkan bentuk larangan yang perlu dijauhi seorang hamba Allah, dan menerangkan kepentingan ibadat supaya seorang hamba Allah itu beribadat dalam keadaan paling baik. Kitab ini juga menjelaskan kepentingan yang perlu didahulukan ke atas kepentingan yang lain dan melewatkan kemudaratan mengatasi yang lain. Dan perkara yang termasuk di bawah usaha seorang manusia berbanding perkara yang tidak mampu dilakukan olehnya ”.
 
 
Secara umumnya, keseluruhan kitab ini membincangkan kaedah syarak yang asasi iaitu 'menarik maslahah (kepentingan) dan menolak kemudaratan '. Dari kaedah asas ini, telah dipecahkan kepada beberapa kaedah yang lain.
 
 
al-Imam al-Alai-i menyebut dalam muqaddimah kitabnya yang berjudul “ al-Qawa’id ;  " Kitab al-Qawa’id yang dikarang oleh Syeikh al-Islam ‘Izzuddin bin Abdul Salam ialah sebuah kitab yang tiada tolok bandingnya dalam bidangnya."
 
 
Ada beberapa pandangan dan ijtihad dalam kitab tersebut yang menjadi tumpuan dan kritikan oleh sebahagian fuqaha. Justru itu, al-Imam Sirajuddin al-Bulqini mengarang kitabnya “ al-Fawaid al-Jisam ‘ala Qawa’id Ibn Abdul Salam dan Muhammad al-Wanughi al-Maliki juga mengkritik Izzuddin ibn Abdul Salam. Sarjana lain iaitu Abu Ishak al-Syathibi mengurang dan menambah dalam kitabnya al-Muwafaqat fi usul al-Syariah. Beliau memasukkan kaedah-kaedah berkaitan maslahah (kepentingan) dan membuat penilaian yang cukup baik.
 

Kitab ini boleh didownload di pautan berikut;
http://www.waqfeya.com/book.php?bid=2682

3 comments:

  1. assalam. tuan, tahu tak di mana saya boleh dapatkan kitab ini yang versi terjemahan? sama ada dalam bentuk buku atau pdf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya tak jumpa ebook terjemahannya. Buku ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Berikut butirannya; Judul terjemahan : Kaidah-Kaidah Hukum Islam, Jumlah halaman : 660 (soft cover)
      Penerbit : Nusamedia, Bandung. email penerbit : nusamediapenerbit@ yahoo.co. id atau nusa_media08@ yahoo.co. id Manakala Ebook arabnya boleh di dowload di pautan berikut http://www.waqfeya.com/book.php?bid=2682

      Delete