Kitab al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’i (المهذب في فقة الإمام الشافعي) merupakan
sebuah karya fiqh terpenting dalam mazhab Syafi’i. Kitab ini disusun oleh
al-Imam Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syairazi
al-al-Fairuzabadi (393-476H).
Menurut Dr. Muhammad al-Zuhaili, kitab ini adalah rujukan
utama dalam mazhab Syafi’i sampai kurun ke 6 hijriah. Kitab ini adalah salah satu kitab termasyhur
di kalangan Syafi’iyyah selain kitab al-Mukhtashar karya Imam al-Muzani, al-Wasith dan al-Wajiz
karya Imama al-Ghazali serta al-Tanbih yang juga karya Imam al-Syirazi,
pengarang kitab al-Muhazzab ini. Imam al-Nawawi ketika berbicara tentang
kitab-kitab dalam mazhab Syafi’i berkata “Dari sekian banyak kitab-kitab
fiqh dalam mazhab Syafi’i, ada 2 kitab yang sangat masyhur sehingga
dijadikan bahan ajar di majelis-majelis serta menjadi kajian para peneliti. Kitab
tersebut adalah al-Muhazzab karya Imam al-Syirazi dan al-Wasith karya Imam al-Ghazali”.
Dalam khazanah fiqh mazhab Syafi’i, kitab al-Muhadzzab
merupakan salah satu di antara
kitab-kitab Safi’iyyah yang menjadi kitab induk selepas kitab-kitab yang
ditulis oleh para murid dan perawi Imam Syafi’i, iaitu Imam al-Rabi’, Imam al-Muzzani,
Imam al-Buwaithi dan Imam al-Harmalah.
Tentang penulisan kitab ini, Imam Abu Ishaq al-Syairazi
berkata;
“Dalam kitab al-Muhazzab ini, Insya Allah saya akan
menyebutkan usul dan kaedah dasar dalam Mazhab Syafi’i beserta dalil-dalilnya.
Tak lupa pula saya sebutkan beberapa masalah furu’ (cabang) yang dihasilkan usul
tersebut lengkap berserta illatnya”.
Di sini jelas sekali tujuan beliau menulis kitab ini, adalah sebagai usaha untuk menjelaskan usul
dan kaedah asas dalam mazhab Syafi’i yang lengkap dengan dalilnya. Hal ini
sangat penting sekali terutama dalam tujuannya untuk membezakan mana pendapat
yang sah dikategorikan sebagai pendapat mazhab Syafi’i dan mana yang bukan.
Kitab al-Muhazzab ini –sebagaimana yang dikatakan oleh Imam
al-Syairazi- mula ditulis pada tahun 455
H dan selesai pada hari Ahad pada akhir bulan Rajab tahun 469H. Pada era yang
sama, Imam Haramaini Abu al-Ma-‘ali Abdul Malik bin Abdullah al-Juwaini
(419-478H), seorang tokoh ulama mazhab Syafi’i juga telah menulis kitab
monumentalnya Nihayah al-Mathlab fi Dirayah al-Mazhab. Pada masa
tersebut, dua kitab ini (al-Muhazzab dan Nihayah al-Mathlab) adalah rujukan
paling unggul dan utama dalam fiqh Syafi’i.
Dalam kitab ini, Imam al-Syirazi telah menyebut Qawl-Qawl
(pandangan) Imam al-Syafi’i yang diriwayatkan oleh empat orang murid utama beliau,
sehingga dapat dijumpai beberapa versi Qawl Imam al-Syafi’i yang berbeza, sesuai dengan riwayat yang disampaikan oleh
keempat-empat imam (perawi) tersebut. Contohnya; Dalam Bab Thaharah: mengenai
benda suci yang boleh merosakkan kemutlakan air dan yang tidak; para perawi menukilkan
pandangan yang berbeza; Imam al-Buwaithi mengatakan bahawa air tersebut tidak
dapat digunakan untuk berwuduk, seperti air yang tercampur minyak za’faran. Sementara
Imam al-Muzani memperbolehkan wuduk dengan air tersebut, kerana perubahan air
itu sebab berdampingan saja (tidak bercampur) beliau meng-ilhaq-kannya dengan
air yang berubah sebab berdekatan dengan bangkai.
Dalam bahagian lain, juga akan dijumpai periwayatan yang
bertentangan dengan kaedah-kaedah mazhab dan usul. Dalam kes seperti ini biasanya Imam al-Syairazi akan menjelaskan bahawa Qawl
ini adalah khatha’, gholath, naql sayyi’. Laisa bi syai’, atau syaz
wa dha’if. Perbezaan-perbezaan seperti ini bukanlah perkara yang menghairankan,
kerana para Sahabat juga ada meriwayatkan hadis-hadis yang berbeza dalam suatu
permasalahan dari Rasulullah saw.
Mentode Kitab al-Muhazzab
Metode penyampaian kitab ini secara umumnya adalah
sebagaimana kitab-kitab fiqh yang lain. Ringkasan kandungan kitab ini adalah
seperti berikut;
a) Ibadat
: Thaharah, Shalat, Jenazah, Zakat, Puasa, I’tikaf dan Haji.
b) Muamalat
: Buyu’, Gadai, Shuluh, Hiwalah, Dalman, Syirkah, Wakalah, Wadi’ah, ‘Ariyah,
Ghashab, Syuf’ah, Qirodh, Musaqah, Ijarah, Perlumbaan, Ihya al-Mawat, Luqathah,
Laqith, Wakaf, Hibah, Wasiat, Perbudakan, Mukatab, Ummul Walad, Fara-idh,
Nikah, Mahar, Khulu’, Thalaq, Ila’, Zihar, Li’an, Sumpah, Iddah, Penyusuan dan Nafkah.
c) Jinayat
: Diyat, Pemberontak, Peperangan, Hudud, Qodlo’, Persaksian dan Iqrar.
Terdapat beberapa ciri-ciri khusus yang terdapat dalam kitab
al-Muhazzab, antaranya;
a) Perkataan
Imam al-Syairazi (قال في
الحرملة), maksudnya Imam al-Harmalah meriwayatkan Qawl (perkataan) Imam
Syafi’i dalam kitab Mukhtashar al-Harmalah. Manakala jika Imam al-Syirazi
menyebut ( قال في البويطي) maksudnya Imam Buwaithi meriwayatkan Qawl
(perkataan) Imam al-Syafi’i dalam kitab Mukhtashar al-Buwaithi.
b) Imam
al-Syairazi selalu menggabungkan dalil
naqli bersama dalil aqli, gaya ini sebagai ciri khas mazhab Syafi’i yang
terkenal dengan mazhab yang menggabungkan metode Ahlu al-Ra’yi Ahlu al-Hadits.
Kitab-kitab yang berkaitan dengan kitab
al-Muhazzab
Kitab al-Muhazzab mendapat perhatian yang besar dari para
ulama. Ia menjadi rujukan dan bahan kajian ilmiah para ulama, sehingga muncul
banyak karya ilmiah yang didasarkan darinya baik berupa ringkasan, syarah, hasyiah,
kritikan, tahqiqan, penjelasan terhadap kalimat-kalimat, takhrij hadis dan
atsar dan lainnya. Di antara para ulama
dan karya-karya tersebut adalah;
1. al-Qadhi
Abu ‘Ali al-Hasan bin Ibrahim bin ‘Ali bin Barhun al-Fariqi (433-528H) melalui
karya Fawa-id ‘ala al-Muhazzab.
2. Abu
Muhammad Abdullah bin Yahya bin Abi al-Haytsam al-Sha’abi al-Yamani (553H) melalui
karyanya yang berjudul Ghayah al-Mufid wa Nihayah al-Mustafid fi al-Kalam
‘ala al-Muhazzab.
3. Abu
Husain Yahya bin Abu al-Khayr bin Salim al-‘Imrani al-Yamaniy (489-558H) melalui beberapa karyanya, iaitu; al-Bayan
Fi Mazhab al-Syafi‘i, Musykil al-Muhazzab (Bayan ma Asykala min al-Muhazzab) dan
Radd al-Su-al ‘amma fi al-Muhazzab.
4. Hamalul
Islam Abu Qasim Umar bin Muhammad bin Ahmad / Ibn al-Bazri (560H) melalui karyanya yang berjudul Hill
Isykalat al-Muhazzab.
5. Ibn
Abu ‘Ashrun, Abu Sa’ad Syarafuddin Abdullah bin Muhammad bin Hibatullah bin
al-Mutahhar bin ‘Ashrun (493-585H) melalui karyanya yang berjudul al-Muzahhab Fi Gharib al-Muhazzab.
6. Muntajibuddin
Abu al-Futuh, As’ad bin Mahmud bin Khalaf al-‘Ijliy al-Ashbahani (515-600H) yang
berjudul Syarh al-Muhazzab.
7. Dhiya-uddin
Abu ‘Amru ‘Utsman bin ‘Isa Dirbas al-Kurdi al-Huzbani al-Maraniy al-Mishri
(516-602H), melalui karyanya yang berjudul al-Istiqshak Syarh al-Muhazzab.
8. Muhammad
bin Ahmad Baththal al-Rakabiy (630H),
melalui karyanya yang berjudul Nuzhum al-Musta’zib Fi Syarh Gharib
al-Muhazzab.
9. al-Qala-‘i,
Muhammad bin ‘Ali bin Abi ‘Ali al-Qala-‘i al-Yamaniy (630H), melalui beberapa
karyanya, iaitu Ihtirazat al-Mazhab, al-Mustaghrib fi al-Muhazzab dan Kanz al-Huffazh fi Ghara-ib al-Alfazh
al-Muhazzab.
10. Syamsuddin
Abu ‘Abdullah Muhammad bin Mu’in bin Sulthan al-Syaibani al-Dimasyqi (640H),
melalui karyanya berjudul al-Tanqib
‘ala al-Muhazzab.
11. Ya’qub
bin Abdul Rahim bin Ibn ‘Ashrun (665H) melalui karyanya al-Masa-il ‘ala al-Muhazzab
12. Muhyiddin
Abu Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H) melalui karyanya al-Majmu’
Syarh al-Muhazzab (المجموع شرح المهذب) dan Nukat al-Muhazzab.
13. Abu
al-Zabih Isma’il bin Muhammad bin ‘Ali al-Hadhrami (676H) melalui karyanya Syarh al-Muhazzab.
14. Muhibbuddin
Abu al-‘Abbas Ahmad bin Abdullah al-Thabariy (615-694H) melalui karyanya al-Thiraz
al-Muzahhab (Mukhtashar al-Muhazzab).
Di antara kitab syarah-syarah (huraian) yang tersebut di atas, yang paling terkenal dan menjadi rujukan utama para ulama mazhab Syafi’i dan para ulama lainny adalah kitab al-Majmu’ (المجموع) karya al-Imam al-Nawawi rahimahuLlah.
Di antara kitab syarah-syarah (huraian) yang tersebut di atas, yang paling terkenal dan menjadi rujukan utama para ulama mazhab Syafi’i dan para ulama lainny adalah kitab al-Majmu’ (المجموع) karya al-Imam al-Nawawi rahimahuLlah.
Kitab al-Muhazzab versi file PDF boleh di baca dan dimuat
turun melalui pautan
Semoga bermanfaat,
No comments:
Post a Comment