Friday, October 22, 2021

al-Tajrid fi al-Furu’

Kitab al-Tajrid fi al-Furu’ (التجريد في الفروع) adalah sebuah karya fiqh yang disusun oleh al-Imam Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Mahamili al-Dhabbi al-Baghdadi (368-415H). Beliau terkenal dengan gelaran al-Mahamili.

Kitab ini mejadi rujukan para ulama mazhab Syafi’i terdahulu. Mereka banyak menukilkan pandangan Imam al-Mahamili mengenai sesuatu permasalahan fiqh  daripada kitab ini bagi mengisi perbahasan fiqh dalam karya-karya mereka. Imam al-Nawawi contohnya, banyak memetik isi kandungan kitab al-Tajrid ketika menyusun kitab al-Majmuk (). Di antaranya ia boleh didapati dalam Juz 1 (m/s 108, 123, 133, 356), Juz 5 (m/s 176, 190, 191, 209, 217, 219, 239, 254, 423) dan Juz 6 (m/s 139, 186, 443, 450, 525).

Kitab al-Tajrid ini telah diringkaskan oleh murid Imam al-Mahamili yang bernama Abu Hatim Mahmud bin al-Hasan bin Muhammad al-Anshari al-Thabari al-Qazwaini (440H) melalui kayanya yang berjudul Tajrid al-Tajrid ( تجريد التجريد).

Sekadar ini saja maklumat yang diperolehi mengenai kitab ini. Saya belum menemui maklumat cetakan dan kewujudan manuskrip kitab ini pada masa kini. Mungkinkah manuskrip kitab ini masih wujud atau ada tersimpan di perpustakaan-perpustakaan atau pusat-pusat manuskrip utama di timur tengah maupun di barat ?.

Semoga bermanfaat. 

2 comments:

  1. Bismillah, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad SAW.
    Assalamualaikum Tuan, jikalau tidak keberatan, saya ingin tahu akan senarai kitab yang boleh dipelajari dari pada kitab bagi pemula kemudian kitab bagi rendah, menengah, dan kitab bagi yang telah mahir Tuan.
    Maaf atas kekasaran bahasa, jazakallahu khayran jaza

    ReplyDelete
  2. Masha'Allah, a wonderful article. We also have an onlinewebsite that talks about the same point

    ReplyDelete