Kitab Safinah al-Shalah (سفينة الصلاة) adalah sebuah kitab fiqh ringkas mengenai tuntutan perlaksanaan ibadat solat, merangkumi cara-cara bersuci dan kaedah-kaedah perlaksanaan solat menurut mazhab Imam al-Syafi'i. Kitab ini disusun oleh Syaikh Abdullah bin ‘Umar bin Yahya al-Hadhrami al-Syafi’i (1209-1265H/1794-1849M).
Mengenai
sistematik isinya, kitab ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu;
a)
Pendahuluan;
mengandungi basmalah, hamdalah
dan shalawat.
b) Isi kandungannya pula
meliputi dua bahagia, iaitu;
i. Akidah
(makna kalimat Syahadatain), yang
menerangkan keimanan kepada Allah dan Nabi Muhammad saw.
ii. Perbahasan
mengenai ibadat solat; iaitu syarat, rukun dan perkara yang membatalkan solat.
Pembahasan mengenai solat merupakan kandungan utama kitab ini.
c) Penutup: mengandungi shalawat dan hamdallah.
Melihat
keseluruhan isi kandungan kitab Safinah al-Shalah ini, tepatlah dikatakan ia
adalah kitab fiqh. Kitab ini dianggap sebuah kitab yang berbentuk matan fiqh
kerana ringkasnya huraiannya, tanpa disebutkan dalil-dalil dan permasalahan
yang lebih luas yang berkaitan ibadat solat.
Di
antara kitab yang dihasilkan sebagai huraian (syarah) bagi kitab Safinah
al-Shalah, ialah;
a) Sullam al-Munajah Syarh Safinah al-Shalah (سلم المناجاة شرح سفينة الصلاة ) karya al- ‘Allamah Syaikh Abu ‘Abdul Mu’thiy, Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin
‘Arabi bin ‘Ali al-Jawi al-Banteni al-Tanariy (1316H/1898M).
b) Syarh Safinah al-Shalah, karya Dr. Muhammad
Abdul Rahman Syamilah al-Ahdal. Kitab setebal 204 halaman ini telah terbitkan
dengan cetakan pertamanya pada tahun 1987/ 1408H oleh Maktabah al-Thalib
al-Jami’i, Makkah.
Matan
kitab Safinah al-Shalah ini boleh
dimuat turun di SINI. Kitab
dalam bentuk PDF ini berdasarkan terbitan Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Babi
al-Halabi wa Awladuh pada tahun 1843. Kitab Safinah al-Shalah ini dicetak
bersama dengan kitab Safinah al-Naja, karya Syaikh Salim bin Abdullah bin Samir al-Khudhari al-Hadhrami (1855M). Kedua-dua kitab
ini juga telah diterbitkan oleh Maktabat al-Hadyi al-Muhammadi, Kaherah,
Mesir dengan cetakan pertamanya pada tahun 2015.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment