Saturday, January 18, 2020

Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Raslan


Kitab Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Raslan (فتح الرحمن بشرح زبد ابن رسلان) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Hamzah al-Ramli (957H).

Kitab Fath al-Rahman ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi matan fiqh yang terkenal, iaitu Matn al-Zubad (متن الزبد), yang juga dikenali dengan judul Manzhumah Shafwah al-Zubad atau Alfiyyah al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi’i. Sedangkan Matan Zubad adalah hasil karya Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Husain bin Hasan bin ‘Ali bin bin Ruslan al-Ramli al-Maqdisi al-Syafi’i (753H -844H).

Kitab Fath al-Rahman ini, kemudiannya telah diringkaskan pula  oleh  anak Imam Syihabuddin al-Ramli sendiri, iaitu Imam Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Ramli al-Munufi (919-1004H) melalui karya beliau yang berjudul  Ghayah al-Bayan Fi Syarh Zubad Ibn Raslan (غاية البيان في شرح زبد ابن رسلان)

Kitab Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Raslan boleh dimuat turun di pautan فتح الرحمن بشرح زبد ابن رسلان.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, January 15, 2020

al-Syafiy al-Anis fi Nazm al-Yaqut al-Nafis


Kitab al-Syafiy al-Anis fi Nazm al-Yaqut al-Nafis (الشافي الأنيس في نظم الياقوت النفيس) merupakan sebuah kitab fiqh dalam mazhab al-Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam.

Kitab ini disusun oleh Syaikh Abdullah Muhammad bin Salim Baraja’ berdasarkan kitab  al-Yaqut al-Nafis (الياقوت النفيس) atau judul panjangnya  al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris fi Fiqh al-Sadat al-Syafi’iyyah, iaitu sebuah karya fiqh yang disusun oleh al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad bin ‘Umar al-Syathiri (1312-1360H).

Kitab al-Syafiy al-Anis boleh dimuat turun di pautan الشافي الأنيس dan kitab al-Yaqut al-Nafis pula di pautan الياقوت النفيس.

Semoga bermanfaat.

Friday, January 10, 2020

Hasyiah al-Musolli Syarh Munyatul Musolli


Kitab Hasyiah al-Musolli Syarh Munyatul Musolli  disusun oleh Muhammad Taib  bin Wahid sebagai huraian bagi kitab Munyatul Musolli, iaitu sebuah karya fiqh yang khusus membicarakan mengenai solat mengikut mazhab Syafi’i.

Kitab Hasyiah al-Musolli ini, diterbitkan jilid pertamanya dalam tulisan Jawi oleh Syarikat Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru dengan cetakan pertamanya pada tahun 2016. Isi kandungan jilid pertama kitab ini bermula dari awal kitab Munyatul Musolli (Muqaddimah) hingga beberapa zikir setelah selesai solat[1]. Kaedah penyusunan kitab ini dengan meletakkan huraian dalam bentuk nota kaki di bahagian bawah teks kitab Munyatul Musolli[2].

Manakala di bahagian akhir kitab ini dilampirkan pula salinan petikan teks Munyatul Musolli yang telah diberikan huraian tersebut[3].

Sekadar pengetahuan saya, hanya jilid pertama ini sahaja yang telah diterbitkan, manakala jilid keduanya belum lagi menyusul.

Antara kekurangan kitab ini adalah tiada halaman isi kandungannya. Hal ini agak menyusahkan pembaca untuk membuat rujukan terhadap isi kandungan kitab ini. Semoga pihak penerbit dan penyusunnya mengambil perhatian terhadap perkara ini bagi cetakan seterusnya. Semoga bermanfaat.


[1] Munyatul Musolli hal. 1-19.
[2] Hal. 3-312.
[3] Hal. 313-330.

Monday, January 6, 2020

Zaitunah al-Ilqah Syarh Manzhumah Dhaw’ al-Mishbah fi Ahkam al-Nikah


Kitab Zaitunah al-Ilqah Syarh Manzhumah Dhaw’ al-Mishbah fi Ahkam al-Nikah (زيتونة الإلقاح شرح منظومة ضوء المصباح في أحكام النِّكاح) merupakan sebuah kitab fiqh yang menerangkan secara khusus mengenai hukum-hukum perkahwinan dalam Islam berdasarkan mazhab Syafi’i.

Kitab fiqh ini disusun oleh al-Imam al-‘Allamah Abdullah bin Ahmad Ba Sudan al-Hadhrami al-Syafi’i (1178-1266H) sebagai huraian (syarah) bagi sebuah karya beliau sendiri, yang berjudul Manzhumah Dhaw’ al-Mishbah fi Ahkam al-Nikah (منظومة ضوء المصباح في أحكام النِّكاح), iaitu sebuah kitab fiqh yang disusun dalam bentuk nazam sebanyak 91 bait. Kitab Manzhumah Dhaw’ al-Mishbah ini terkenal di kalangan ulama di Hadhramaut, Yaman.

Kitab Zaitunah al-Ilqah ini telah diberikan hasyiah oleh Syaikh Soleh bin Muhammad al-Asmari (1390H-) melalui karyanya yang berjudul Hasyiah ‘ala Syarh Ba Sudan li Manzhumah al-Nikah[1]. 


Semoga bermanfaat.

[1] Oleh kerana pengarang, Syaikh Soleh adalah bermazhab Hanbali, beliau telah memberikan hasyiah (komentar)nya berdasarkan mazhab Hanbali.


Wednesday, January 1, 2020

Fath al-Qadir al-Khabir bi Syarh Taysir al-Tahrir


Kitab Fath al-Qadir al-Khabir bi Syarh Taysir al-Tahrir fi al-Fiqh al-Syafi’i (فتح القدير الخبير بشرح تيسير التحرير في الفقه الشافعي ), merupakan karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syaikh Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1227H).

Kitab Fath al-Qadir al-Khabir ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Taysir fi Nazhm al-Tahrir fi al-Fiqh al-Syafi’i (التيسير في نظم التحرير في الفقه الشافعي), iaitu sebuah kitab fiqh yang disusun dalam bentuk nazam sebanyak 2700 bait oleh al-Imam Syarafuddin Yahya bin Nuruddin bin Musa Bin Ramadhan bin ‘Umairah al-‘Imrithi (988H).

Kitab Fath al-Qadir al-Khabir ini boleh dimuat turun di pautan فتح القدير الخبير بشرح تيسير التحرير

Semoga bermanfaat.

Irsyad al-Faqih Ila Ma’rifah Adillah al-Tanbih


Kitab Irsyad al-Faqih Ila Ma’rifah Adillah al-Tanbih (إرشاد الفقيه إلى معرفة ادلة التنبيه) merupakan sebuah karya dalam bidang hadis yang menghimpunkan hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum fiqh (hadis ahkam).

Kitab ini disusun oleh al-Imam Imam al-Hafiz ‘Imaduddin Abu al-Fidak Ismail bin ‘Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Dimasyqi al-Syafi’i  (701-774H) berdasarkan kitab al-Tanbih fi al-Fiqh al-Syafi'i (التنبيه في الفقه الشافعي), iaitu sebuah kitab fiqh yang berdasarkan mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syairazi al-al-Fairuzabadi (393-476H). Di dalam kitab Irsyad al-Faqih ini, Imam Ibn Katsir telah menghimpunkan kembali hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab al-Tanbih tersebut dengan menyusunnya mengikut kitab-kitab dan bab-bab fiqh yang sesuai dengan urutan kitab al-Tanbih, yang bermula kitab al-Taharah (Bersuci), al-Sholah (Sembahyang) dan seterusnya sebagaimana susunan kitab-kitab fiqh.

Dalam kitab ini, Imam Ibn Katsir mentakhrijkan hadis-hadis (menjelaskan sumber atau ulama hadis yang mencatat hadis tersebut) dan menjelaskan kedudukan hadis-hadisnya sama ada sahih, hasan, atau dha’if berdasarkan ketetapan para ulama hadis yang muktabar. Adakalanya beliau membahasnya secara ilmiah. Beliau menyebutkan ‘illat hadis jika ada berserta masalah sanadnya jika perlu.

Ada ketikanya dalam bab tertentu, beliau menjelaskan kaedah pendalilan (pengambilan hukum) dari sesuatu hadis dan pandangan terpilih yang dipegang oleh para ulama mazhab Syafi’i[1].

Berdasarkan judul kitab ini (Irsyad al-Faqih ila Ma’rifah Adillah al-Tanbih), Imam Ibn Katsir berharap semoga karya beliau ini menjadi panduan berguna kepada para fuqaha (ahli fiqh) pelajar dan pengkaji kitab al-Tanbih mengenai kedudukan sanad hadis-hadis yang terdapat dalam kitab al-Tanbih dan pandangan para ulama muktabar mazhab Syafi’i mengenainya.

Berdasarkan edisi kitab Irsyad al-Faqih yang diterbitkan oleh Muassah al-Risalah, ia telah dicetak dalam 2 juzuz. Ia boleh dimuat turun di pautan berikut;


 Semoga bermanfaat.


[1] Ketika menjelaskan sesuatu hadis beliau kerap menyebut pandangan (Ashabuna ), iaitu Ashab Mazhab al-Syafi’ (Para Ulama Mazhab Syafi’i).

Saturday, December 28, 2019

Misykāt al-Mishbāh fī Syarh al-ʻUddah wa al-Silāh fī Ahkām al-Nikāh


Kitab Misykāt al-Mishbāh fī Syarh al-ʻUddah wa al-Silāh fī Ahkām al-Nikāh (مشكاه المصباح في شرح العدة والسلاح في أحكام النكاح) merupakan sebuah kitab fiqh yang menerangkan secara khusus mengenai hukum-hukum perkahwinan dalam Islam berdasarkan mazhab Syafi’i.

Kitab  Misykat al-Mishbah ini disusun oleh al-Imam Taqiyuddin Abdullah bin ‘Umar Makhramah  (907-972H) sebagai huraian bagi kitab al-‘Uddah wa al-Silah fi Ahkam al-Nikah (العدة والسلاح في أحكام النكاح), iaitu sebuah karya fiqh ringkas yang disusun oleh  al-Imam Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Bafadhal al-Hadhrami al-Tarimi al-‘Adani (840-903H).

Kitab Misykat al-Mishbah kemudiannya telah dberikan hasyiah (komentar) oleh Syaikh Muhammad Salim bin Hafizh bin Abdullah bin Abu Bakr bin ‘Aydrus al-‘Alawi al-Husani (), melalui karyanya yang berjudul al-Naqul al-Shahhah ‘ala Misykat al-Mishbah.

Manuskrip kitab Misykat al-Mishbah pula boleh dimuat turun di pautan مشكاه المصباح. Semoga bermanfaat.

Manzhumah Dhaw’ al-Mishbah fi Ahkam al-Nikah


Kitab Manzhumah Dhaw’ al-Mishbah fi Ahkam al-Nikah (منظومة ضوء المصباح في أحكام النِّكاح) merupakan sebuah kitab fiqh yang menerangkan secara khusus mengenai hukum-hukum perkahwinan dalam Islam berdasarkan mazhab Syafi’i. Kitab fiqh ini disusun dalam bentuk nazam oleh al-Imam al-‘Allamah Abdullah bin Ahmad Ba Sudan al-Hadhrami al-Syafi’i (1178-1266H). Matan fiqh yang disusun sebanyak 91 bait ini terkenal di kalangan ulama di Hadhramaut, Yaman. Di mana kitab ini dipelajari dan dihafaz oleh para pelajar di sekolah-sekolah mereka.

Kitab Dhaw’ al-Mishbah fi Ahkam al-Nikah ini telah diberikan huraiannya oleh Imam al-‘Allamah Abdullah bin Ahmad Ba Sudan sendiri melalui karya beliau yang berjudul Zaitunah al-Ilqah Syarh Manzhumah Dhaw’ al-Mishbah fi Ahkam al-Nikah (زيتونة الإلقاح شرح منظومة ضوء المصباح في أحكام النِّكاح).

Kitab Zaitunah al-Ilqah ini telah diberikan hasyiah oleh Syaikh Soleh bin Muhammad al-Asmari (1390H-) melalui karyanya yang berjudul Hasyiah ‘ala Syarh Ba Sudan li Manzhumah al-Nikah[1].

Selain huraian yang diberikan oleh al-‘Allamah Abdullah Ba Sudan, kitab Dhaw’ al-Mishbah juga telah diberikan huraian oleh al-‘Allamah Syaikh Ibrahim al-Bajuri (1276H) melalui karyanya yang berjudul Manh al-Fattah ‘ala  Dhaw’ al-Mishbah.

Matan kitab Daw' al-Mishbah ini boleh dibaca dipautan http://alantologia.com/page/11039/.

Semoga bermanfaat



[1] Oleh kerana pengarang, Syaikh Soleh adalah bermazhab Hanbali, beliau telah memberikan hasyiah (komentar)nya berdasarkan mazhab Hanbali.

Friday, December 27, 2019

Tatimmah al-Tatimmah (تتمة التتمة)


Kitab Tatimmah al-Tatimmah (تتمة التتمة) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Muntajibuddin Abu al-Futuh, As’ad bin Mahmud bin Khalaf al-‘Ijliy al-Ashbahani (515-600H).

Kitab ini disusun bagi menyempurnakan kitab Tatimmah al-Ibanah fi Fiqh al-Syafi’i (تتمة الإبانة في الفقه الشافعي), iaitu sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-Imam Abu Sa'id Abdul Rahman bin Ma’mun al-Mutawali al-Naisaburi (478H). Di mana Imam Abu Sa’id al-Mutawali tidak sempat menyempurnakan penyusunan kitab Tatimmah al-Ibanah, beliau hanya sempat disiapkan setakat perbincangan mengenai Kitab al-Hudud dalam bab al-Saraqah (Mencuri).

Kitab Tatimmah al-Ibanah atau terkenal dengan judul ringkasnya al-Tatimmah (التتمة) disusun oleh Imam al-Mutawali sebagai ringkasan bagi sebuah karya gurunya al-Imam Abu al-Qasim Abdul Rahman bin Muhammad Ahmad bin Fawran al-Fawrani (461H), yang berjudul al-Ibanah ‘an Ahkam Furu’ al-Diayanah (الإبانة عن أحكاِم فروع الديانة).

Sebenarnya kitab Tatimmah al-Ibanah ini bukanlah sekadar ringkasan kitab al-Ibanah, kerana selain meringkas kandungan kitab al-Ibanah, Imam al-Mutawali telah membuat penambahan beberapa permasalahan hukum yang tidak terdapat dalam kitab asalnya. Penambahan ini dilakukan sebagai melengkapkan lagi kandungan kitab al-Ibanah, sehingga Imam al-Mutawali menamakan karya beliau ini sebagai Tatimmah al-Ibanah (Pelengkap kitab al-Ibanah).

Semoga bermanfaat.

Friday, December 13, 2019

‘Umdah al-‘Awam fi Syarh Faidh al-Malik al-‘Allam


Kitab ‘Umdah al-‘Awam fi Syarh  Faidh al-Malik al-‘Allam (عمده العوام في شرح فيض الملك العلام) merupakan sebuah kitab yang menerangkan mengenai tatacara ibadat haji dan umrah berdasarkan mazhab Syafi’i.

Kitab ini disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi (1230-1314H) sebagai huraian (syarah) bagi karya al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rayyis (1187-1240H), yang berjudul Faidh al-Malik al-‘Allam (فيض الله الملك العلام).

Selain kitab Umdah al-‘Awam ini, terdapat sebuah karya lain yang juga menghuraikan kitab Faidh al-Malik al-‘Allam, iaitu kitab Irsyad al-Anam ila Syarh Faidh al-Malik al-‘Allam  (إرشاد الأنام إلى شرح فيض الله الملك العلام), yang disusun al-'Allamah al-Sayyid Yusuf bin Muhammad bin Yahya bin Abu Bakr bin Ali al-Baththah al-Ahdal al-Husaini al-Zabidi (1246H). Beliau merupakan murid kepada Allamah al-Syaikh Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rayyis, iaitu penyusun kitab Faidh al-Malik al-‘Allam.

Kitab ‘Umdah al-‘Awam boleh dimuat turun di pautan عمده العوام في شرح فيض الملك العلام , Manakala manuskrip kitab Faidh al-Malik al-'Allam di pautan فيض الله الملك العلام   dan kitab Irsyad al-Anam ini di pautan إرشاد الأنام إلى شرح فيض الله الملك العلام.

Semoga bermanfaat.

Tuesday, December 10, 2019

Tahzib al-Ushul (تهذيب الاصول)


Kitab Tahzib al-Ushul (تهذيب الاصول) adalah antara karya dalam bidang usul fiqh yang disusun oleh Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (450-505H). Dikatakan kandungan kitab Tahzib al-Ushul ini sangat luas perbincangannya.

Imam al-Ghazali kemudiannya telah meringkaskan kandungan kitab ini melalui karya beliau yang berjudul al-Mustashfa Min ‘Ilm al-Ushul (المستصفى من علم الأصول).

Dalam muqaddimah kitab al-Mustashfa, Imam al-Ghazali menyatakan faktor yang mendorong beliau menulis dan menyusun kitab al-Mustashfa adalah kerana menyahut permintaan para murid beliau agar disusun sebuah kitab usul fiqh yang sederhana tebalnya, berbanding karya beliau yang terdahulu iaitu kitab Tahzib al-Ushul.

Sekadar ini sahaja maklumat yang diperolehi mengenai kitab Tahzib al-Ushul ini. Tiada maklumat yang diperolehi mengenai cetakan kitab ini. Tidak pasti adakah manuskrip kitab ini masih ada tersimpan di mana-mana perpustakaan di dunia atau telah hilang ditelan zaman. Wallahu a’lam.

Thursday, October 31, 2019

al-Fatawa al-Hadithiyyah



Kitab al-Fatawa al-Hadithiyyah () merupakan sebuah karya yang menghimpunkan fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Syaikhul Islam al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Haytami al-Sa’di al-Anshari al-Syafi’i (974H) atau gelaran ringkasnya Ibn Hajar al-Haytami - dalam berbagai permasalahan agama.

Kandungan buku ini meliputi beberapa bidang tertentu seperti fiqh, aqidah, tasawwuf dan  pelbagai permasalahan yang berkaitan hadis. Buku ini dikenali dengan judul al-Fatawa al-Hadisiyyah kerana sebahagian besar kandungan bukunya menerangkan permasahan yang berkaitan dengan hadis Nabi saw.

Selain kitab al-Fatawa al-Hadisiyyah ini, terdapat sebuah lagi karya yang menghimpunkan fatwa-fatwa Imam Ibn Hajar al-Haytami, iaitu kitab al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Kandungan kitab ini lebih banyak berbanding dengan kitab al-Fatawa al-Hadisiyyah.

Semoga bermanfaat.

Monday, September 23, 2019

Tafsir al-Wadhih


Al-Qur’an dengan isinya yang simpel dan kandungan makna yang sangat luas memerlukan penafsiran untuk memahami kandungannya, oleh karenanya pasca Rasul wafat muncul beberapa penafsiran dari para sahabat dan generasi sesudahnya. Model penafsiran seorang mufassir lazimnya dilatarbelakangi keilmuan yang dikuasainya, walaupun ada sebagian mufassir yang menulis tafsir dari latar belakang yang berbeda dari basic keilmuan yang dimilikinya. Disini penulis akan sedikit membahas kitab tafsir sebagai salah satu sarana untuk memahami isi kandungan al-Quran. Kitab tafsir yang akan kami bahas tersebut adalah “ Tafsir al-Wadhih” karya Dr. Mahmud Hijazi.

Biografi Penulis

Dr. Mahmud Hijazi dilahirkan pada tahun 1914 di wilayah bagian timur mesir. Pada masa mudanya ia menempuh study di Lembaga Zaqaziq, ia adalah seorang murid yang teladan sehingga disegani oleh teman-temannya. Setelah menyelesaikan studinya di Zaqaziq ia melanjutkan studinya ke Kairo di Fakultas Bahasa Arab dan mendapat gelar keserjanaan dengan cepat karena ia termasuk mahasiswa yang pintar. Kemudian ia ditetapkan menjadi dosen di lembaga Zaqaziq yang merupakan almamaternya.

Beberapa tahun kemudian dia diangkat menjadi guru besar dan banyak membantu lembaga tersebut dengan ilmunya. Di sana ia selalu mengadakan diskusi intensif dengan para mahasiswa yang berasal dari daerahnya. Mahmud Hijazi berhasil menyelesaikan gelar doktornya di lembaga Zaqaziq dengan disertasi yang berjudul “al-Wihdah al-Maudhuiyyah li al-Quran al-Karim” (kesatuan tema dalam al-Quran) karena ia memfokuskan studinya dibidang tafsir.

Latar Belakang Penulisan Kitab

Dalam pendahuluan buku tafsir ini beliau menuliskan kenapa beliau berkeinginan untuk menulis buku tafsir yang diberi judul dengan “Al-Tafsir al-Wadhih”, beliau mengatakan karena di dalam al-Qur’an terdapat banyak makna-makana dan rahasia-rahasia al-Qur’an yang belum terkuak dan sudah dijelaskan tetapi secara global saja.

Pada dasa warsa sekarang ini telah banyak kegiatan belajar-mengajar, maka dari itu muncullah pembelajaran yang berpokok pada dua permasalahan yaitu: Pertama, banyaknya penilitian dari kalangan peneliti tentang hubungan manusia dengan lainnya, sehingga terjadilah perbedaan-perbedaan pemahaman tehadap hukum atau peraturan-peraturan yang telah dibuat, begitu pula masih terlihat dan terdengar mereka terus memperbaharui bahkan mengganti peraturan-peraturan yang ada, setelah tahun berganti dengan tahun berikutnya mereka mengulangi pekerjaan sebelumnya dengan mengganti dan memperbaharuinya. Kedua adalah bahwa banyak dari orang-orang kembali berwajah kepada al-Qur’an, seakan-akan mereka telah bosan terhadap realita yang ada, yang mana mereka berkesimpulan bahwa hukum yang dibuat belum berhasil dalam penanggulangan permasalahan-permasalahan kriminal dan belum bisa memberikan hak-hak mereka, tetapi justru sebaliknya membuat kehidupan mereka sangat buruk dan menprihatinkan, lalu mereka berwajah kembali kepada al-Qur’an dengan berkeyakinan al-Qur’an adalah sebagai jalan keluar atas segala permasalahan yang ada, yang bisa membawa mereka ke kehidupan yang bahagia dan lebih baik. Maka dari itu, Dr. Muhammad Mahmud Hijazi berhasrat untuk membantu mereka dengan menulis kitab “Al-Tafsir al-Wadhih” yang bertujuan bisa menjadi alat dalam mewujudkan kehidupan yang berlandaskan terhadap al-Qur’an.

Sistematika Penulisan Kitab

Al-Tafsir al-Wadhih karya Dr. Muhammad Mahmud Hijazi juga tidak terlepas dari tafsir-tafsir terdahulu seperti yang dikatakan beliau “tafsir ini tidak terlepas jauh dari tafsir sebelumnya, seperti al-Fajr, asy-Syihab, al-Ulusi, ath-Thabari dan al-Qurthubi”. Mahmud Hijazi menafsirkan seluruh ayat al-Quran dengan berurutan ayat demi ayat, surat demi surat sesuai dengan urutan Mushaf Utsmani.

Kitab tafsir ini terdiri dari 10 juz, setiap mengawali penafsirannya Mahmud Hijazi menulis nama surat dalam al-Quran, menerangkan Makiyah dan Madaniyah serta menerangkan secara global kandungan surat. Contoh surat al-Anfal termasuk dalam kelompok surat Madaniyah, surat tersebut menceritakan tentang harta rampasan perang, kemudian mengelompokan ayat secara berurutan yang dipandang berhubungan satu sama lain dalam tema-tema kecil. Secara deskriptif dan langkah-langkah yang digunakannya adalah sebagai berikut:

  1. Menjelaskan arti dari nama surat dan konten dan pokok-pokok apa saja yang ada di dalamnya. Contoh: Surat al-Ikhlash dinamakan Surat al-Ikhlash karena termasuk surat tauhid dan pensucian nama Allah Ta’ala. Ia merupakan prinsip pertama dan pilar utama Islam. Oleh karena itu pahala membaca surat ini disejajarkan dengan sepertiga Al-Qur’an. Karena ada tiga prinsip umum: tauhid, penerapan hudud dan perbuatan hamba, serta disebutkan dahsyatnya hari kiamat. Ini tidaklah mengherankan bagi orang yang diberi karunia untuk membacanya dengan tadabbur dan pemahaman, sampai pahalanya disamakan dengan orang membaca sepertiga Al-Qur’an.
  2. Penjelasan kosa kata (Syarhu al-Mufradat) yang terdapat dalam ayat yang dirasa sulit menurut ukurannya. Dengan demikian tidak dijelaskan seluruh kosakata yang ada tetapi sebagiannya saja yang dianggap sulit. Contoh kata Ahad pada Surat al-Ikhlash diartikan sebagai: satu dalam DzatNya, SifatNya dan Af’alNya.
  3. Penjelasan (al-Idhah), pada langkah ini, beliau memberikan penjelasan yang luas dengan dibarengi asbab an-Nuzul jika ada. Terkadang beliau menjelaskan tafsir ayat dengan ayat lain dan bahkan penjelasan para ulama terdahulu yang dianggapnya baik atau shahih. Contoh pada surat al-Baqarah ayat 26-27 setelah memberikan penjelasan yang panjang lebar beliau menyebutkan sebab turunnya ayat tersebut yaitu dengan menyebut riwayat, dengan kata Ruwiya: yaitu ayat tersebut turun karena orang kafir menertawakan pemisalan dalam al-Qur’an yang berupa laba-laba. Beliau juga menjelaskan ayat satu dengan ayat lain seperti surat al-Ra’du ayat 35, beliau menjelaskan dengan surat Muhammad ayat 15.
  4. Pada langkah terakhir biasanya beliau memberikan penjelasan pada surat yang dianggap penting atau yang bersangkutan dengan ilmu tafsir seperti apa macam surat ini Makkiyah atau madaniyyah. Contoh seperti surat al-Ikhlash di atas disebutkan bahwa syrat tersebut termasuk surat Makkiyah.

Sumber, Metode, dan Corak Penafsiran

a. Sumber Penafsiran

Secara definitif yang dimaksud dengan sumber tafsir adalah rujukan yang digunakan mufasir dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Secara rinci sumber penafsiran tafsir al-Wadhih berasal dari dua sumber. Pertama, sumber Ma’tsur (naql), kedua, sumber Ra’yu (aql). Dari kedua sumber tersebut diuraikan lagi menjadi empat sumber secara parsial yaitu:

1) Al-Quran

Al-Quran merupakan sumber utama yang digunakan Mahmud Hijazi dalam tafsirnya, cotohnya dalam menafsirkan surat al-Baqarah ayat 34:

“  Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir ”.

Mahmud Hijazi menafsirkan ayat ini dengan ayat 50 pada surat al-Kahfi, lafazh iblis dalam ayat ini diartikan sebagai salah satu golongan jin, dapat juga disebut bapaknya jin.

“ Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, Maka sujudlah mereka kecuali iblis. dia adalah dari golongan jin, Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim ”.

Contoh lain seperti dalam menjelaskan sifat-sifat surga yang dijanjikan Allah pada surat ar-Ra'du ayat 35 beliau menjelaskan dengan surat Muhammad ayat 15.

Kalau kita melihat lebih dalam dan kritis tentang metode yang digunakannya, beliau banyak menggunakan ilmu-ilmu yang ada pada sekarang, seperti psikologi, sosiologi, antropologi, historis, ekonomi budaya dan segala yang dapat membantu beliau dalam penafsirannya yang bisa diterima akal. Sebagimana beliau menyatakan bahwa surga yang dijanjikan Allah itu tidaklah seperti yang termaktub pada teks al-Qur'an, karena seandainya surga seperti itu maka kitapun pernah merasakan keenakannya didunia ini walaupun diakhirat lebih enak. Jika ditinjau dengan pendekatan psikologi , budaya dan histories lahirnya ayat itu, maka pendapat beliau bisa diterima, beliau menyatakan ayat ini lahir atau turun di Arab, yang mana di dataran tanah Arab itu sangatlah gersang dan jarang sekali pohon-pohon yang tumbuh dan tidak adanya sungai yang mengalir, maka dari tiu Allah menggambarkan surga itu dengan sebuah perkebunan yang rindang terdapat buah-buahan yang enak ditambah sungai-sungai yang mengalir didalamnya. Hal ini supaya teks al-Qur'an itu pas dengan bangsa itu, tetapi kalau di Indonesia itu sudahlah sangat biasa dengan perkebunan dan sungai. Oleh karena itu beliau berpendapat surga yang dijanjikan Allah tidaklah sperti yang digambarkan dalam teks tetapi surga yang dijanjikan Allah lebih dari itu.

2). Al-Hadits

Sumber ke dua yang digunakan Mahmud Hijazi adalah didasarkan pada hadits sebagaimana tugas seorang rasul adalah sebagai penjelas dari risalah yang dibawanya. Contoh pada surat al-Baqarah ayat 8 yang bertema tentang orang-orang munafik dan sifat-sifatnya, Mahmud Hijazi menafsirkannya dengan mengambil hadits-hadits yang berbicara tentang sifat-sifat orang munafik.

Dalam ayat tersebut dijelaskan bahwa di antara manusia ada yang beriman kepada Allah dan hari akhir secara lisan saja, padahal hatinya dipenuhi dengan rasa kufur dan aniaya, oleh karena itu Allah menolak segala pengakuan mereka sebab mereka tidak beriman meskipun mereka mengaku beriman. Tidak diragukan lagi bahwa mereka menampakan keimanan dan menyembunyikan kekufuran dalam bentuk tipu daya, dan mereka termasuk orang-orang yang munafik.

 3). Riwayat Sahabat

Selain al-Quran dan hadits yang dijadikan sumber penafsiran Mahmud Hijazi pun menggunakan riwayat para sahabat untuk menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Hal ini disebabkan mereka (sahabat) adalah orang-orang yang hatinya terbebas dari nifak, luas pengetahuannya, adil dalam sifat dan sikap serta pemahamannya terhadap ajaran yang dibawa nabi sangat mendekati kebenaran karena mereka hidup semasa dengan nabi. Hal ini senada dengan ucapan nabi bahwa orang-orang yang pling baik pemahamannya terhadap al-Quran adalah orang-orang yang sezaman dengan nabi.

 4). Ijtihad

Yang terakhir cara yang ditempuh oleh Mahmud Hijazi untuk menafsirkan al-Quran selain dengan ke tiga sumber di atas adalah dengan menggunakan ijtihad. Tentunya dalam hal ini Mahmud Hijazi menggunakan akal yang sehat dengan kaidah-kaidah yang telah ditetapkan untuk menafsirkan al-Quran, tidak mengikuti hawa nafsu menafsirkan al-Quran sesuai dengan kebutuhan dan kehendaknya.

b. Metode Penafsiran

Metode tafsir al-Quran secara definitif adalah seperangkat kaidah atau aturan yang digunakan dalam menafsirkan al-Quran. Dalam disertasinya yang berjudul “al-Wihdah al-Maudhuiyyah” Mahmud Hijazi menjelaskan langkah-langkah yang dilakukan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran yaitu:
1). Mengelompokan ayat-ayat yang memiliki tema yang sama.
2). Menyusun ayat-ayat tersebut sesuai dengan sebab turunnya.
3). Membahas ayat tersebut pada surahnya serta menjelaskan kaitannya dengan ayat sebelum dan sesudahnya.
4). Membahas rangkaian tema yang sama tersebut yang terdapat pada surat lain sehingga sampai pada tujuan pembacanya.

 Dari uraian di atas dapat diketahui bahwa tafsir al-Wadhih cenderung menggunakan metode “maudhu’i” yaitu mengklasifikasikan ayat-ayat dalam satu surat dengan memberikan tema sentral, mencantumkan sebab nuzul dan melakukan munasabah ayat.

c. Corak Penafsiran

biasanya corak penafsiran selelu dikaitkan dengan tsaqofah mufasirnya, namun tidak mesti demikian karena banyak kitab-kitab tafsir yang coraknya tidak sesuai dengan tsaqofah mufasirnya. Jika melihar tsaqofah mufasirnya diketahui bahwa Mahmud Hijazi adalah seorang yang mahir dalam kaidah bahasa Arab, akan tetapi dalam menyusun tafsir ini beliau lebih cenderung dengan corak adabul ijtima’i.

Contoh penafsiran

Tafsir Qur’an Surat Al-Ikhlash

Makkiyah, terdiri dari 4 ayat, surat tauhid dan pensucian nama Allah Ta’ala. Ia merupakan prinsip pertama dan pilar utama Islam. Oleh karena itu pahala membaca surat ini disejajarkan dengan sepertiga Al-Qur’an. Karena ada tiga prinsip umum: tauhid, penerapan hudud dan perbuatan hamba, serta disebutkan dahsyatnya hari kiamat. Ini tidaklah mengherankan bagi orang yang diberi karunia untuk membacanya dengan tadabbur dan pemahaman, sampai pahalanya disamakan dengan orang membaca sepertiga Al-Qur’an.

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

1. Katakanlah: “Dia-lah Allah, yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan,
4. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”

Syarah:

Inilah prinsip pertama dan tugas utama yang diemban Nabi saw. beliau pun menyingsingkan lengan baju dan mulai mengajak manusia kepada tahuhid dan beribadah kepada Allah yang Esa. Oleh karena itu di dalam surat ini Allah memerintahkan beliau agar mengatakan, “Katakan, ‘Dialah Allah yang Esa.” Katakan kepada mereka, ya Muhammad, “Berita ini benar karena didukung oleh kejujuran dan bukti yang jelas. Dialah Allah yang Esa. Dzat Allah satu dan tidak beragam. Sifat-Nya satu dan selain-Nya tidak memiliki sifat yang sama dengan sifat-Nya. Satu perbuatan dan selain-Nya tidak memiliki perbuatan seperti perbuatan-Nya.

Barangkali pengertian kata ganti ‘dia’ pada awal ayat adalah penegasan di awal tentang beratnya ungkapan berikutnya dan penjelasan tentang suatu bahaya yang membuatmu harus mencari dan menoleh kepadanya. Sebab kata ganti tersebut memaksamu untuk memperhatikan ungkapan berikutnya. Jika kemudian ada tafsir dan penjelasannya jiwa pun merasa tenang. Barangkali Anda bertanya, tidakkah sebaiknya dikatakan, “Allah yang Esa” sebagai pengganti dari kata, “Allah itu Esa.” Jawabannya, bahwa ungkapan seperti ini adalah untuk mengukuhkan bahwa Allah itu Esa dan tiada berbilang Dzat-Nya.

Kalau dikatakan, “Allah yang Maha Esa,” tentu implikasinya mereka akan meyakini keesaan-Nya namun meragukan eksistensi keesaan itu. Padahal maksudnya adalah meniadakan pembilangan sebagaimana yang mereka yakini. Oleh karena itu Allah berfirman, “Dia-lah Allah, Dia itu Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.” Artinya tidak sesuatu pun pada-Nya dan Dia tidak butuh kepada sesuatu pun. Bahkan selain-Nya butuh kepada-Nya. Semua makhluk perlu berlindung kepada-Nya di saat sulit dan krisis mendera. Maha Agung Allah dan penuh berkah semua nikmat-Nya. “Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.”

Ini merupakan pensucian Allah dari memiliki anak laki-laki, anak perempuan, ayah, atau ibu. Allah tidak memiliki anak adalah bantahan terhadap orang-orang musyrik yang mengatakan bahwa malaikat itu anak-anak perempuan Allah, terhadap orang-orang Nashrani dan Yahudi yang mengatakan ‘Uzair dan Isa anak Allah. Dia juga bukan anak sebagaimana orang-orang Nashrani mengatakan Al-Masih itu anak Allah lalu mereka menyembahnya sebagaimana menyembah ayahnya. Ketidak-mungkinan Allah memiliki anak karena seorang anak biasanya bagian yang terpisah dari ayahnya. Tentu ini menuntut adanya pembilangan dan munculnya sesuatu yang baru serta serupa dengan makhluk. Allah tidak membutuhkan anak karena Dialah yang menciptakan alam semesta, menciptakan langit dan bumi serta mewarisinya. Sedangkan ketidak-mungkinan Allah sebagai anak, karena sebuah aksioma bahwa anak membutuhkan ayah dan ibu, membutuhkan susu dan yang menyusuinya. Maha Tinggi Allah dari semua itu setinggi-tingginya. “Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.” Selama satu Dzat-Nya dan tidak beberapa, bukan ayah seseorang dan bukan anaknya, maka Dia tidak menyerupai makhuk-Nya. Tidak ada yang menyerupai-Nya atau sekutu-Nya. Maha Suci Allah dari apa yang mereka mempersekutukan.

Meskipun singkat, surat ini membantah orang-orang musyrik Arab, Nashrani, dan Yahudi. Menggagalkan pemahaman Manaisme (Al-Manawiyah) yang mempercayai tuhan cahaya dan kegelapan, juga terhadap Nashrani yang berpaham trinitas, terhadap agama Shabi’ah yang menyembah bintang-bintang dan galaksi, terhadap orang-orang musyrik Arab yang mengira selain-Nya dapat diandalkan di saat membutuhkan, atau bahwa Allah memiliki sekutu. Maha Tinggi Allah dari semua itu.

Surat ini dinamakan Al-Ikhlas, karena ia memperkuat keesaan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, Dia sendiri yang dituju untuk memenuhi semua kebutuhan, yang tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, tidak yang menyerupai dan tandingan-Nya. Konsekuensi dari semua itu adalah ikhlas beribadah kepada Allah dan ikhlas menghadap kepada-Nya saja.

Kesimpulan

Dari paparan di atas, dapat diketahui bahwa al-Tafsir al-wadhih karya Dr. Muhammad Mahmud Hijazi memiliki dua sumber utama yaitu sumber Ma’tsur dan Ra’yu dengan menggunakan metode maudhu’i dan bercorak adabul ijtima’i.

Penjelasan dan bahasa yang beliau pakai dalam menafsirkan juga tidak begitu sulit sehingga dapat dengan mudah untuk dipahami, penjelasan yang rinci dan ringkas memudah untuk pembaca mencerna apa yang terkandung dalam satu ayat. Dengan analisis yang selalu mengedepankan akal apapun yang ditefsirkan beliau dapat diterima terutama bagi mereka yang sering menggunakan akal dalam memahami teks al-Qur’an.

Dilihat dari cara penafsiran beliau, kemungkinan besar beliau termasuk pada ulama tafsir yang berada pada zaman modern, terbukti dengan cara penafsiran beliau yang selalu menggunakan akal walaupun terkadang dijelaskan dengan nas yang ada dalam al-Qur’an. Tidak dapat dipungkiri bahwasanya manusia modern lebih banyak menggunakan akal dalam menerima perihal yang hendak mereka ketahui, maka dengan adanya tafsir ini, diharapakan dapat membantu mereka untuk memahami agama mereka secara kaffah.

Kemudian dengan menafsirkan kosa kata yang sulit sangat membantu dan dapat mengurangi keasalah pahaman dalam memahami agama, sehingga mengurangi kerancuan dan kekerasan yang sering di atas namakan agama hanya karena keliru dalam menginterpretasi suatu teks ayat dalam al-Qur’an. Mungkin ini juga suatu pembaharuan dalam keilmuan tafsir sehingga menjadi penting rasanya untuk lebih dalam mengkaji metode-metode baru dengan metode yang sudah ada sebelumnya, sehingga dapat menjawab tantangan zaman yang terkadang mencoba menjerumuskan agama pada lembah yang paling asing dalam keberadaannya di suatu masyarakat bahkan negara.

Dapat dikatakan pula Dr. Muhammad Mahmud Hijazi adalah orang yang jenius, karena beliau dapat mengkolaborasikan berbagai macam disiplin ilmu pengetahuan, sehingga al-qur’an yang dijadikan pijakan utama dalam islam tidak menjadi teks mati dan stagnan tanpa ada pengimplementasian yang pas dan memuaskan bagi umat islam dalam suatu negara misalnya. Namun juga di sayangkan kurangnya perhatian umat islam dalam mengkaji para tokoh yang menjadikan islam bisa lebih maju dan bermartabat lagi dalam keberadaannya di berbagai negara di dunia. 

Artikel ini dipetik dari http://tafsirhaditsuinsgdbdgangkatan2009.blogspot.com/2012/12/tafsir-al-wadhih.html. Semoga bermanfaat.