Kitab
Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Raslan (فتح الرحمن
بشرح زبد ابن رسلان) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang
disusun oleh Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Hamzah al-Ramli
(957H).
Kitab Fath al-Rahman ini disusun sebagai huraian (syarah)
bagi matan fiqh yang terkenal, iaitu Matn
al-Zubad (متن الزبد),
yang juga dikenali dengan judul Manzhumah Shafwah al-Zubad atau Alfiyyah
al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi’i. Sedangkan Matan Zubad adalah hasil karya
Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Husain bin Hasan bin ‘Ali bin bin Ruslan
al-Ramli al-Maqdisi al-Syafi’i (753H -844H).
Kitab Fath al-Rahman ini, kemudiannya telah diringkaskan pula oleh anak Imam Syihabuddin al-Ramli sendiri, iaitu Imam Syamsuddin
Muhammad bin Ahmad al-Ramli al-Munufi (919-1004H) melalui karya beliau yang berjudul Ghayah al-Bayan Fi Syarh Zubad Ibn Raslan (غاية البيان في شرح زبد ابن رسلان).
Kitab Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Raslan boleh
dimuat turun di pautan فتح الرحمن بشرح زبد ابن رسلان.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment