Kitab Hasyiah al-Musolli Syarh Munyatul Musolli disusun oleh Muhammad Taib bin Wahid sebagai huraian bagi kitab Munyatul
Musolli, iaitu sebuah karya fiqh yang khusus membicarakan mengenai solat
mengikut mazhab Syafi’i.
Kitab Hasyiah al-Musolli ini, diterbitkan jilid pertamanya dalam
tulisan Jawi oleh Syarikat Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru dengan cetakan
pertamanya pada tahun 2016. Isi kandungan jilid pertama kitab ini bermula dari
awal kitab Munyatul Musolli (Muqaddimah) hingga beberapa zikir setelah selesai
solat[1]. Kaedah
penyusunan kitab ini dengan meletakkan huraian dalam bentuk nota kaki di bahagian
bawah teks kitab Munyatul Musolli[2].
Manakala di bahagian akhir kitab ini dilampirkan pula salinan
petikan teks Munyatul Musolli yang telah diberikan huraian tersebut[3].
Sekadar pengetahuan saya, hanya jilid pertama ini sahaja yang telah
diterbitkan, manakala jilid keduanya belum lagi menyusul.
Antara kekurangan kitab ini adalah tiada halaman isi kandungannya.
Hal ini agak menyusahkan pembaca untuk membuat rujukan terhadap isi kandungan
kitab ini. Semoga pihak penerbit dan penyusunnya mengambil perhatian terhadap perkara
ini bagi cetakan seterusnya. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment