Kitab " Hasyiah al-Syarqawi 'ala Syarh al-Tahrir "
(حاشية الشرقاوي
على شرح التحرير )
adalah antara karya fiqh yang terkenal menjadi rujukan para ulama al-Syafi’iyyah yang mutakhirin. Kitab
ini ditulis oleh Syaikh al-‘Allamah ‘Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim
al-Syarqawi (1150-1226H).
Kitab kitab merupakan hasyiah (komentar) terhadap
kitab Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab (تحفة الطلاب بشرح
تحرير تنقيح اللباب),
iaitu sebuah kitab karya Syaikhul Islam Abu Yahya Zakariya al-Anshari (823-926H).
Kitab Tuhfah al-Thullab atau lebih dikenali sebagai kitab Syarh al-Tahrir ini
disusun oleh Syaikhul Islam al-Anshari sebagai huraian (syarah) bagi kitab
beliau sendiri yang berjudul Tahrir Tanqih al-Lubab (تحرير تنقيح اللباب).
Sebenarnya, Syaikhul Islam
al-Anshari menyusun kitab al-Tahrir sebagai ringkasan terhadap sebuah kitab mukhtashar
(ringkasan) di bidang fiqh Syafi’i yang lain, iaitu kitab Tanqih al-Lubab
(تنقيح اللباب)
karya Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi
(762-826H). Manakala kitab Tanqih al-Lubab pula adalah ringkasan terhadap kitab
al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’i (اللباب في الفققه الشافعي), iaitu sebuah karya Imam Abu
al-Hasan Ahmad bin Muhammad al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H).
Kitab ini telah dicetak berulang kali dan edisi yang
terbaik adalah cetakan Dar al-Kutub al-‘Illmiyyah di Beirut. Cetakan pertamanya
tahun 1418H/1997M yang dilengkapi dengan komentar oleh Syaikh Mustafa bin
Hanafi al-Zahabi dengan ketebalan 4 jilid.
Kitab Hasyiah al-Syarqawi ‘ala Syarh al-Tahrir
ini boleh dimuat turun di pautan berikut;
Kitab versi ebook (file pdf) ini merupakan salinan
kepada kitab Hasyiah al-Syarqawi yang dicetak di al-Mathba’ah al-Amiriyah pada
cetak ketiganya. Semoga bermanfaat.