Showing posts with label Tuhfah al-Thullab. Show all posts
Showing posts with label Tuhfah al-Thullab. Show all posts

Monday, May 12, 2014

Hasyiah al-Syarqawi 'ala Syarh al-Tahrir


Kitab " Hasyiah al-Syarqawi 'ala Syarh al-Tahrir " (حاشية الشرقاوي على شرح التحرير ) adalah antara karya fiqh yang terkenal menjadi rujukan para  ulama al-Syafi’iyyah yang mutakhirin. Kitab ini ditulis oleh Syaikh al-‘Allamah ‘Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1226H).

Kitab kitab merupakan hasyiah (komentar) terhadap kitab Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab (تحفة الطلاب بشرح تحرير تنقيح اللباب), iaitu sebuah kitab karya Syaikhul Islam Abu Yahya Zakariya al-Anshari (823-926H). Kitab Tuhfah al-Thullab atau lebih dikenali sebagai kitab Syarh al-Tahrir ini disusun oleh Syaikhul Islam al-Anshari sebagai huraian (syarah) bagi kitab beliau sendiri yang berjudul Tahrir Tanqih al-Lubab (تحرير تنقيح اللباب). 

Sebenarnya, Syaikhul Islam al-Anshari menyusun kitab al-Tahrir sebagai ringkasan terhadap sebuah kitab mukhtashar (ringkasan) di bidang fiqh Syafi’i yang lain, iaitu kitab Tanqih al-Lubab (تنقيح اللباب) karya Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H). Manakala kitab Tanqih al-Lubab pula adalah ringkasan terhadap kitab al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’i (اللباب في الفققه الشافعي), iaitu sebuah karya Imam Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H).

Kitab ini telah dicetak berulang kali dan edisi yang terbaik adalah cetakan Dar al-Kutub al-‘Illmiyyah di Beirut. Cetakan pertamanya tahun 1418H/1997M yang dilengkapi dengan komentar oleh Syaikh Mustafa bin Hanafi al-Zahabi dengan ketebalan 4 jilid.

Kitab Hasyiah al-Syarqawi ‘ala Syarh al-Tahrir ini boleh dimuat turun di pautan berikut;


Kitab versi ebook (file pdf) ini merupakan salinan kepada kitab Hasyiah al-Syarqawi yang dicetak di al-Mathba’ah al-Amiriyah pada cetak ketiganya.  Semoga bermanfaat.

Friday, February 8, 2013

Tuhfah al-Thullab


Kitab Tuhfah al-Thullab () atau judul penuhnya Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab  merupakan karya Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H). Kitab ini adalah huraian (syarah) Syaikh al-Islam Zakariyya al-Anshari bagi sebuah karya beliau sendiri, yang berjudul Tahrir Tanqih al-Lubab (تحربر تنقيه اللباب)”. Oleh itu, kitab Tuhfah al-Thullab juga lebih dikenali sebagai kitab Syarh al-Tahrir.  

Manakala Kitab Tahrir Tanqih al-Lubab pula adalah ringkasan (mukhtashar) bagi Kitab Tanqih al-Lubab (تنقيه اللباب) Tanqih al-Lubab karya al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H ), iaitu sebuah ringkasan bagi kitab karya Imam Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H ) yang berjudul al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’ (اللباب في الفقه الشافعي) http://abusyahmin.blogspot.my/2013/01/al-lubab-fi-al-fiqh-al-syafii.html

Ketokohan dan keilmuan pengarangnya yang tinggi telah mengangkat kedudukan kitab Tuhfah al-Thullab ini sebagai rujukan fiqh popular di kalangan ulama mazhab al-Syafi’i. Kitab ini  telah diberikan komentar (hasyiah) oleh beberapa ulama, antaranya;

1.      Syihabuddin bin Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi (1069H).
2.      Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Syawbari al-Syafi'i (1069H).
3.      'Abdul Bar binAbdullah al-Ajhuri (1072H), dengan karyanya "Minhah al-Ahbab bi Syarh Tuhfah al-Thullab
4.      Syamsuddin Muhammad bin Dawud bin Sulaiman al-'Inani (1098H), dengan karyanya "Fath al-Karim al-Wahhab 'ala Syarh Tanqih al-Lubab".
5.      Hasan bin 'Ali bin Ahmad al-Manthawi al-Mudabighi al-Syafi'i (1170H).
6.     ‘Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1227H), dengan kitabnya "Hasyiah 'ala Tuhfah al-Thullab bi Syarh. Tanqih al-Lubab".

Catatan Tambahan:

Sebagai catatan tambahan, selain Kitab Tuhfah al-Thullab karya Syaikh al-Islam ini, Kitab al-Tahrir (Tahrir Tanqih al-Lubab) juga telah disyarahkan pula oleh beberapa ulama, antaranya;

1. al-Imam Syamsuddin, Muhammad bin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad Syihabuddin al-Ramli al-Munufi, yang terkenal sebagai al-Syafi’i al-Shaghir (919-1004 H).

2. al-Imam Zaynuddin 'Abdul Rauf bin 'Ali al-Munawi al-Syafi'i (1031H) dengan karyanya yang berjudul "Ihsan al-Taqrir bi Syarh al-Tahrir"

3. Syaikh Shadiq Habannakah al-Maidani  dengan karyanya Syarh Tuhfah ath-Thullab bi Syarh Tanqih al-Lubab fiy Madzhab al-Syafi’i.

Kitab Tuhfatut Thullab Syarh Tanqih al-Lubab ini boleh didowload di pautan berikut;

Semoga bermanfaat.