Kitab
‘Umdah al-‘Awam fi Syarh Faidh al-Malik al-‘Allam (عمده العوام في شرح فيض
الملك العلام) merupakan sebuah kitab yang menerangkan mengenai tatacara
ibadat haji dan umrah berdasarkan mazhab Syafi’i.
Kitab
ini disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi
(1230-1314H) sebagai huraian (syarah) bagi karya al-‘Allamah al-Syaikh
Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rayyis (1187-1240H), yang berjudul Faidh al-Malik al-‘Allam (فيض الله الملك العلام).
Selain
kitab Umdah al-‘Awam ini, terdapat sebuah karya lain yang juga menghuraikan
kitab Faidh al-Malik al-‘Allam, iaitu kitab Irsyad al-Anam ila Syarh Faidh al-Malik al-‘Allam (إرشاد
الأنام إلى شرح فيض الله الملك العلام), yang disusun al-'Allamah
al-Sayyid Yusuf bin Muhammad bin Yahya bin Abu Bakr bin Ali al-Baththah
al-Ahdal al-Husaini al-Zabidi (1246H). Beliau merupakan murid kepada Allamah
al-Syaikh Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rayyis, iaitu penyusun kitab Faidh
al-Malik al-‘Allam.
Kitab
‘Umdah al-‘Awam boleh dimuat turun di pautan عمده
العوام في شرح فيض الملك العلام , Manakala manuskrip kitab Faidh
al-Malik al-'Allam di pautan فيض الله
الملك العلام dan kitab Irsyad al-Anam ini di pautan إرشاد
الأنام إلى شرح فيض الله الملك العلام.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment