Buku Panduan Shalat
Lengkap : Tata Cara Shalat Sesuai Tuntunan Rasulullah merupakan sebuah
karya terjemahan dalam bahasa Melayu (Indonesia) bagi Kitab al-Shalah (كتاب الصلاة),
iaitu satu bahagian yang khusus membicarakan tatacara ibadat solat dari karya
agung al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i (150-204H) yang berjudul al-Umm (الأم). Buku
ini diterjemahkan oleh Abdul Rosyad Shiddiq dan diterbitkan oleh Khatulistiwa
Press, Jakarta. Ketebalan buku ini merangkumi 349 halaman (tidak termasuk
halaman daftar isi, pengantar penerbit dan biografi singkat Imam Syafi’i).
Sebagaimana karya-karya
para ulama silam yang lainnya, isi kitab al-Umm merupakan kumpulan tulisan dan
pendapat Imam al-Syafi’i mengenai bidang fiqh yang telah diriwayatkan, ditulis
atau dicatat oleh para murid beliau. Oleh itu, dalam kitab asalnya terdapat banyak dipermulaan ayatnya perkataan
‘al-Syafi’i berkata (قال الشافعي), ‘al-Rabi’ berkata (قال الربيع)’ dan
sebagainya. Namun begitu, dalam penyusunan kembali buku ini, penterjemah telah
membuat beberapa pengubahsuaian bagi memudahkan para pembaca, di mana perkataan-perkataan
dipermulaan ayat tersebut telah dibuangkan dari teks terjemahan ini, tanpa
merubahkan isi kandungan kitab asalnya. Oleh itu, penyusunan buku ini,
seolah-olah ditulis secara langsung oleh Imam Syafi'i sebagaimana penyusunan
buku-buku yang diterbitkan pada masa kini.
Buku ini menuntun kita untuk
dapat solat secara sempurna, dengan mengikuti aturan-aturan yang telah
ditetapkan secara rinci oleh Allah dan Rasul-Nya. Di mana Rasulullah saw. secara tegas memerintahkan kepada
umatnya untuk mengerjakan solat seperti yang baginda lakukan. Solat yang berbeza
dengan yang baginda lakukan adalah tertolak.
Berbeza dengan buku
panduan solat lainnya yang banyak beredar dalam masyarakat, buku ini ditulis
oleh Imam al-Syafi’i, iaitu salah seorang imam mazhab dan seorang tabi'it
tabi'in, yang masa hidupnya tidak terlalu jauh dari masa hidup Rasulullah saw.
sendiri. Beliau mengamati langsung para ulama dan warga Makkah dan Madinah solat
pada masa itu, juga hadits-hadits tentang solat yang banyak beredar di kalangan
ulama dua kota suci tersebut.
Berikut dilampirkan isi
kandungan buku ini, yang dibahagikan kepada 22 bab;
Bab 1: Dasar Rakaat Shalat Fardu
Bab 2: Orang Yang Shalat
Bab 3: Waktu Shalat
Bab 4: Menjamak Shalat
Bab 5: Shalah Orang Sakit
Bab 6: Azan dan Iqamat
Bab 7: Pakaian Orang Yang Shalat
Bab 8: Tempat yang Boleh dan Tidak Boleh digunakan untuk
Shalat.
Bab 9: Menghadap Kiblat
Bab 10: Gerakan dan Bacaan Shalat, Dari niat sampai Salam
Bab 11: Sujud Sahwi
Bab 12: Sujud Tilawah dan Sujud Syukur
Bab 13: Shalat Witir Minimal satu Rakaat
Bab 14: Waktu-waktu Yang Dimakruhkan Untuk Shalat
Bab 15: Shalat Jamaah
Bab 16: Shalat Orang Musafir
Bab 17: Shalat Jumaat
Bab 18: Shalat Khauf
Bab 19: Shalat Idul Fitri dan Idul Adha
Bab 20: Shalat Gerhana Matahari
Bab 21: Shalat Minta Hujan
Bab 22: Shalat Jenazah.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment