Buku Kursus Qari dan Qariah merupakan sebuah karya dalam bidang tajwid dan pembacaan
al-Quran yang disusun oleh al-Fadhil Tuan Haji Abdullah al-Qari bin Haji Salleh (1937-),
seseorang karyawan dan ilmuan agama yang terkenal di negeri Kelantan. Buku ini diterbitkan
dengan cetakan pertamanya oleh Pustaka Aman Press pada tahun 1982. Ketebalan buku
ini merangkumi 236 halaman. Buku ini kerap diulang cetak oleh penerbit yang sama
beberapa kali, namun saya tidak pasti cetakan terakhirnya. Dalam koleksi saya
ada senaskhah buku ini yang diterbitkan pada tahun 2002 ( cetakan ke 26 ).
Kandungan buku ini dibahagikan
kepada dua topik utama iaitu:
1. Membicara
hal berkaitan dengan Tajwid al-Quran.
2. Membicara
hal berkaitan teknik bacaan al-Quran.
Perbincangan
mengenai seni bacaan al-Quran atau tarannum secara khusus dalam buku ini dapat
dilihat pada topik yang kedua sahaja yang bermula daripada halaman 161 hingga 178
di mana terdapat dua sub-topik berkaitan dengannya iaitu:
1.
Membaca
Quran dengan berlagu.
Dalam sub-topik ini penulis banyak membawakan
hadith-hadith berkaitan dengan keharusan membaca al-Quran dengan berlagu dari
pelbagai sumber rujukan disamping petikan beberapa ayat al-Quran yang
bersesuaian dengan perkara yang diperbahaskan. Selain itu pandangan para ulama
juga turut dimuatkan yang merangkumi pandangan fuqaha, muhadithin dan
mufassirin dalam membicarakan hukum membaca al-Quran secara berlagu dari
perspektif Islam. Selain itu Tuan Haji Abdullah al-Qari turut menyatakan kesan dan
pengaruh lagu dalam pembacaan alQuran.
2.
Disekitar
lagu-lagu Quran.
Sub-topik ini merupakan yang keenam dalam topik yang
kedua di mana Tuan Haji Abdullah al-Qari memuatkan beberapa aliran lagu yang
masyhur dalam pembacaan al-Quran seperti aliran Hijazi dan aliran Misri. Karya
ini juga turut menjelaskan tingkatan suara yang bersesuaian dengan setiap lagu
yang hendak dibaca supaya dapat menggambarkan pengertian atau maksud kandungan
ayat-ayat al-Quran menjadi matlamat pengibadatan kepada Allah S.W.T.
Bagi melengkapkan
lagi karya beliau ini, Tuan Haji Abdullah al-Qari telah menyusun karya yang
lain yang berjudul Lanjutan Kursus Qari' dan Qariah. Buku ini telah
diterbitkan sendiri oleh beliau melalui syarikatnya Pustaka ASA pada tahun 1988.
Ketebalan buku ini merangkumi 82 halaman.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment