Buku Ensiklopedia
Hukum Wanita dan Kekeluargaan: Kajian Mendalam Masalah Wanita & Keluarga Dalam
Perspektif Syariah Islam merupakan sebuah buku terjemahan bagi kitab al-Mufashshal Ahkam al-Mar-ah wa al-Bayt al-Muslim Fi Syari’ah al-Islamiyyah (المفصل في أحكام المرأة و البيت المسلم في الشريعة الإسلامية). Kitab ini
merupakan sebuah kitab fiqh semasa yang
disusun oleh seorang tokoh ulama fiqh dan pemikir Islam terkenal yang berasal
dari negara Iraq, iaitu al-‘Allamah Syaikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1917-2014).
Sebagaimana
judulnya, kitab fiqh ini membincangkan permasalahan hukum yang khusus tentang
fiqh wanita. Kalau kita telurusi lebih mendalam, sebenarnya kitab ini merupakan
karya ilmu fiqh yang cukup lengkap, mulai dari urusan thaharah (bersuci) sampai
urusan yang paling luas seperti pentadbiran negara, jihad dan seterusnya.
Terjemahan
asal buku ini diterbitkan oleh Rabbani Press, Jakarta, Indonesia dengan judul Ensiklopedi
Hukum Wanita dan Keluarga: Studi Terperinci Masalah Kewanitaan dan Keluarga Dalam
Perspektif Hukum Islam. Manakala bagi edisi terbitan di Malaysia, ia
diterbitkan oleh Pustaka Dini, Selangor (2007). Sebagaimana edisi Indonesia,
edisi terbitan Pustaka Dini ini diterbitkan dalam 3 jilid.
Sebenarnya
edisi terjemahan ini hanyalah terjemahan bagi bahagian (kitab) pertama kitab al-Mufashshal,
iaitu kitab Ibadat. Sedangkan kitab asalnya ia dibahagikan kepada 9 bahagian
(kitab) dan diterbitkan dalam 11 jilid.
Berikut
adalah pembahagian kandungan buku terjemahan ini;
a)
Jilid
1: Mengandungi bab 1: Solat (442
halaman).
b) Jilid
2: Mengandungi 2 bahagian; iaitu Bab 2: Zakat, dan Bab 3: Puasa (322 halaman).
c)
Jilid
3: Mengandungi bab 4: Haji (299 Halaman).
Sekadar
pencarian saya, sama ada di kedai-kedai buku atau laman sesawang saya belum
menjumpai maklumat atau buku terjemahan lengkap bagi kitab al-Mufashshal karya
Syaikh Dr Abdul Karim Zaidan ini.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment