Buku Pesan
Maha Kasih Dalam Kisah merupakan sebuah karya yang diterjemah dan disadur
dari sebuah kitab tafsir terkenal masa kini, iaitu Tafsir al-Sya’rawi. Dalam
buku ini, mengandungi himpunan tafsir atau huraian yang disampaikan oleh Syeikh
Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi (1911-) terhadap beberapa ayat al-Quran yang
mengandungi kisah-kisah sebagai pengajaran bagi manusia. Buku ini disusun dan
diolah kembali dari kitab tafsir induknya oleh H. Zainal Ariffin MA dan H. Abu
Ezzat Al-Mubarak MA. Buku ini diterbitkan oleh Pustaka Jiwa Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur dengan cetakan pertamanya pada tahun 2008. Ketebalan buku ini merangkumi
693 halaman.
Buku Pesan
Maha Kasih Dalam Kisah ini sangat menarik untuk dibaca, kerana ia mengandungi
kisah-kisah yang bermanfaat sebagai pengajaran dan teladan bagi manusia yang
disampai secara langsung oleh Allah dalam al-Quran. Dalam kisah-kisah ini
tercermin kasih sayang Allah SWT yang tiada tara terhadap para hamba-Nya.
Kandungan
buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian;
1)
Pesan
Maha Kasih Dalam Surah al-Baqarah (9 Kisah)
2)
Pesan
Maha Kasih Dalam Surah Ali ‘Imran (7 Kisah)
3)
Pesan
Maha Kasih Dalam Surah al-Nisa’ al-Maidah dan al-An’am (6 kisah)
4)
Pesan
Maha Kasih Dalam Surah al-A’raf (15 ksah).
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment