Buku Lautan
Maha Kasih Dalam Kisah merupakan sebuah karya yang terjemahan yang disadur
dari sebuah kitab tafsir terkenal masa kini, iaitu Tafsir al-Sya’rawi. Dalam
buku ini, mengandungi himpunan tafsir atau huraian yang disampaikan oleh Syeikh
Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi (1911-1998) terhadap beberapa ayat al-Quran yang
mengandungi kisah-kisah sebagai pengajaran bagi manusia. Buku ini disusun dan
diolah kembali dari kitab tafsir induknya oleh H. Zainal Ariffin MA dan H. Abu
Ezzat Al-Mubarak MA.
Buku Lautan
Maha Kasih Dalam Kisah ini merupakan kelanjutan dari buku Pesan Maha Kasih
Dalam Kisah yang telah diterbitkan sebelumnya. Buku ini diterbitkan oleh
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd, Kuala Lumpur dengan cetakan pertamanya pada tahun 2008. Ketebalan
buku ini merangkumi 686 halaman.
Buku Lautan
Maha Kasih Dalam Kisah ini sangat menarik untuk dibaca, kerana ia mengandungi
kisah-kisah yang bermanfaat sebagai pengajaran dan teladan bagi manusia yang
disampai secara langsung oleh Allah dalam al-Quran. Dalam kisah-kisah ini
tercermin kasih sayang Allah SWT yang tiada tara terhadap para hamba-Nya.
Kandungan
buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian;
1)
Lautan
Maha Kasih Dalam Kisah Surah al-Anfal (4 Kisah).
2)
Pesan
Maha Kasih Dalam Kisah Surah al-Taubah (11 Kisah).
3)
Pesan
Maha Kasih Dalam Kisah Surah Yunus dan Yusuf (8 kisah).
4)
Pesan
Maha Kasih Dalam Kisah Surah Ar-Ra’d, Ibrahim dan al-Hijr (6 kisah).
5)
Lautan
Maha Kasih Dalam Kisah Surah al-Nahl, al-Isra’, al-Kahfi dan Maryam (12 kisah).
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment