Kitab Tadrib al-Rawi
fi Syarh Taqrib al-Nawawi (تَدْرِيبُ
الرَّاوِي فِي شَرْحِ تَقْرِيب النَّوَوِي)
merupakan sebuah karya dalam bidang ilmu hadis yang disusun oleh al-Hafizh
Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (911H). Kitab ini disusun sebagai
huraian (syarah) bagi kitab al-Taqrib (التقريب)[1],
karya al-Imam Muhyiddin Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
Manakala kitab al-Taqrib
pula, disusun oleh Imam al-Nawawi sebagai ringkasan bagi karya beliau yang
lain, yang bejudul al-Irsyad (الإرشاد)[2].
Sedangkan kitab al-Irsyad pula merupakan ringkasan
bagi al-Muqaddimah (المقدمة), karya al-Imam al-Hafizh Taqiyuddin Abu ‘Amru Utsman
bin Abdur Rahman (577-643H), yang terkenal dengam gelaran Ibn al-Shalah.
Kitab ini boleh dimuat
turun di pautan تدريب الراوي في شرح تقريب النواوي.
Kitab dalam bentuk file PDF ini adalah salinan dari kitab yang diterbitkan oleh
Maktabah al-Kawtsar (cet.2/1415H).
tlyes
ReplyDelete