Salah satu kata-kata Imam Syafi’i yang sangat terkenal ialah:
اذا صح الحديث فهو
مذهبي
Maksudnya: “
Apabila sahih sesuatu hadis, maka ia
adalah mazhabku ”.
Sebenarnya kata-kata ini hampir serupa
juga dengan kata-kata yang diucapkan oleh Imam-imam Mujtahid sebelum Imam
Syafii. Walaubagaimana pun, banyak pihak yang salah mengertikan makna sebenar kata-kata Imam Syafi’i tersebut. Kata-kata ini sering dijadikan hujah atau bukti sebahagian golongan
yang mengatakan bahawa Imam Syafi'i melarang taqlid kepada pendapat beliau.
Ramai para ulama telah menerang dan
menjelaskan maksud atau makna yang dikehendaki dengan kata-kata Imam al-Syafi'i ini. Imam Abu Zakariya al-Nawawi menghuraikan dengan
panjang lebar maksud perkataan Imam yang agung ini dalam kitab beliau Majmuk Syarah Muhazzab. Bahkan ada sebahagian
ulama yang mengarang kitab secara khusus menjelaskan perihal kalimat tersebut.
Di antara kitab yang secara khusus menerangkan
hal tersebut adalah kitab Ma’na Qaul Imam al-Muthallibi Iza Shahha al-Hadits Fahuwa Mazhabi karya Imam Syaikh al-Islam al-Taqiyuddin Abu al-Hasan 'Ali bin Abdul Kafi al-Subki (683-756H).
Nah kini kami menampilkan
file kitab tersebut dengan format pdf yang dicetak oleh Maktabah Qurthubiyah.
Sebenarnya dalam cetakan ini sebelumnya ada satu muqaddimah kitab ini yang
menerangkan beberapa masalah yang sangat diperlukan untuk memperdalami makna
kalimat ini. Namun dalam file yang ada pada kami muqaddimah tersebut tidak disertakan
sehingga lembaran yang pertama di mulai dari halaman 77. Namun dari pada tidak
ada, file kitab ini tetap boleh menjadi satu wadah penambah koleksi file-file
kitab klasik.
Sila Download disini.
No comments:
Post a Comment