Syaikh al-Islam Amir al-Mu'minin fi
al-Hadith Shihab al-Din Abu al-Fadl Ahmad b. 'Ali b. Muhammad b. Muhammad b.
'Ali b. Ahmad al-Kinani al-'Asqalani al-Misri al-Shafi'i (777H) atau lebih dikenali dengan al-Hafiz
Ibn Hajar mengupas dan mencurahkan khidmatnya kepada salah satu
kitab utama di dalam bidang Mustalah
al-Hadith
iaitu kitab yang dikenali dengan nama Muqaddimah Ibn al-Shalah.
Kitab ini ditulis oleh ulama terkenal yang bernama al-Imam
al-Hafizh Ibn al-Shalah, Taqiyuddin
Abu ‘Amru Utsman bin Abdur Rahman (577-643H). Sebenarnya
al-Hafiz
Ibn Hajar telah menyusun dan menulis beberapa buah kitab yang
menghurai dan meringkaskan kitab Muqaddimah Ibn al-Shalah.
Antaranya kitab Nukhbah al-Fikr fi
Mustalah
Ahl al-Athar,
dan syarahnya Nuzhah al-Nazar,
serta kitab al-Nukat 'ala Kitab
Ibn al-Shalah.
al-Hafiz Ibn
Hajar
al-'Asqalani telah mengulas dan mengupas secara
terperinci permasalahan kitab Muqaddimah Ibn al-Shalah
di dalam kitab al-Nukat-nya.
Kitab al-Nukat
'ala
Kitab Ibn al-Shalah merupakan sebuah penulisan yang menggunakan kaedah al-Nukat
atau al-Tankit.
al-Tankit bermaksud
menumpukan kepada sesuatu tanpa selain daripadanya yang boleh menyelesaikan
segala permasalahan di dalamnya. Ini bermakna pengarang akan cuba menghuraikan
kata-kata penulis asal, mengkritik, membawa segala persoalan yang berkaitan
dengan nas penulis, mempertahankan pendapat penulis, mentarjihkan pendapat yang
kuat dan pelbagai aspek yang bakal disentuh.
Artikel ini akan mengupas berkaitan kitab al-Nukat
'ala Kitab
Ibn al-Shalah
yang merangkumi nama kitab, sebab penulisan kitab, isi kandungan
dan metodologinya.
al-Hafiz Ibn Hajar
pada mulanya telah membaca Muqaddimah Ibn al-Shalah
di hadapan Shaikhnya al-Hafiz al-‘Iraqi.
Setiap perkara berkaitan huraian, penyelesaian masalah dan perkara-perkara penting
yang dinyatakan oleh Shaikhnya akan dicatat oleh al-Hafiz Ibn
Hajar.
Ini adalah permulaan pengumpulan maklumat-maklumat yang akhirnya membawa kepada
penulisan al-Nukat ‘ala Kitab
Ibn al-Shalah.
Nama Kitab Dan Nisbahnya Kepada Al-Hafiz
Ibn Hajar.
al-Hafiz Ibn Hajar
telah menamakan kitabnya dengan nama al-Nukat ‘ala
Kitab
Ibn al-Shalah. Perkara
ini telah dipastikan dengan salah satu naskhah yang ditulis sendiri oleh al- Hafiz: “al-Nukat
‘ala Kitab
Ibn al-Shalah”
oleh penulisnya Ahmad bin ‘Ali b.
Hajar
–moga diampunkan Allah s.w.t.-amin- Inilah yang tertulis dengan tulisan
pengarangnya, sendiri dan seluruh naskhah ini dengan tulisan asal pengarangnya.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan perkataan al-Hafiz Ibn
Hajar
sendiri di dalam mukadimah kitabnya : “...Dan inilah al-Tankit
‘Ala Kitab
Ibn al-Shalah”.
Sebab Penulisan Kitab
al-Hafiz Ibn Hajar
menyatakan tentang faktor-faktor yang mendorong beliau menghasilkan kitab al-Nukat
ini: “... Aku telah menyelidik dan mengumpulkan semua faedah-faedah
serta huraian al-Hafiz al-‘Iraqi terhadap
kitab penulisan al-Imam Abu ‘Amr
Ibn al-Shalah, jika aku dapati sesuatu yang baik,
huraian atau kupasan yang menarik dan jarang ditemui, kritikan-kritikan yang
kuat (terhadap Ibn al-Shalah), kritikan-kritikan yang lemah yang cuba
aku perbaiki dan pertahankan, akan aku catat pada akhir helaian yang asal. Kini
aku rasakan adalah suatu yang yang amat baik jika aku berusaha mengumpulkan
semuanya, menambah perkara-perkara yang sesuai dengan perbahasan tersebut dan
ini akan menyempurnakan ulasan terhadap kitab Ibn al-Shalah ...
Tujuan aku (melakukan semua perkara ini)
untuk mengumpulkan semua faedah-faedah dan maklumat penting (berkaitan ‘Ulum
al-Hadith) yang tidak tersusun, membetul serta
mengurangkan perbincanganperbincangan yang tiada kaitan dengannya…”
Kenyataan al-Hafiz Ibn Hajar
telah menjelaskan tujuan kitab al-Nukat ini
dihasilkan, iaitu:
1. Mengumpulkan segala huraian, ulasan,
faedah, maklumat tambahan bagi setiap bab yang diperbincangkan.
2. Mengkritik, membetulkan serta membuang
semua bentuk huraian atau maklumat yang
tiada hubungan dengan perbincangan atau maklumat-maklumat yang tersalah.
Isi Kandungan Kitab al-Nukat ‘Ala
Kitab
Ibn al-Shalah
Kitab ini ialah kitab yang menghuraikan, menjelaskan istilah
dan maksud perbincangan masalah di dalam kitab Muqaddimah
Ibn al-Shalah. Isi
kandungan kitab ini mengikut isi kandungan kitab yang asal (Muqaddimah
Ibn al-Shalah). Secara
umumnya, kitab ini dimulakan dengan mukadimah yang ringkas dan seterusnya masuk
kepada ulasan atau al-Nukat terhadap
kitab Muqaddimah Ibn al-Shalah. Kitab
al-Hafiz Ibn
Hajar
terhenti pada jenis yang ke 22. Kitab ini tidak mempunyai penutup dan diakhiri
dengan kenyataan penyalin kitab: “Inilah yang terakhir didapati dengan tulisan
pengarangnya sendiri.”
Metodologi Penyusunan Dan Penulisan Kitab
Kitab ini adalah karya yang berbentuk ulasan terhadap kitab
yang lain, maka susunan ulasan adalah berdasarkan susunan kitab yang menjadi
sumber huraiannya. Setelah diteliti, kitab al-Nukat ‘ala
Kitab
Ibn al-Shalah
tidak hanya menghurai dan mengulas kitab Muqaddimah
Ibn al-Shalah, malahan
turut juga mengulas kitab al-Taqyid
wa al-Idah li ma
Utliqa
wa Ughliqa min Muqaddimah Ibn al-Shalah
yang ditulis oleh al-Hafiz al-‘Iraqi. Penumpuan
ulasan al-Hafiz Ibn Hajar
adalah kepada nas-nas Muqaddimah Ibn al-Shalah
yang merangkumi 129 ulasan serta kritikan, manakala ulasan
terhadap kitab al-Taqyid
wa al-Idah li ma Utliqa
wa Ughliqa min Muqaddimah Ibn al-Shalah
hanya melibatkan 57 ulasan dan kritikan.66 Oleh sebab itu,
nama kitab al-Hafiz Ibn Hajar
lebih diutamakan dengan ulasannya terhadap Muqaddimah Ibn
al-Shalah. Metodologi
yang digunakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar
di dalam menyempurnakan kitabnya, antaranya;
1. al-Hafiz Ibn
Hajar
telah menyatakan di dalam mukadimah kitabnya al-Nukat,
setiap ulasan terhadap Muqaddimah Ibn al-Shalah
akan dimulakan dengan simbol ( ص). Tanda huruf ini
adalah sebagai ganti kepada الصلاح ابن, kemudian dibawa nas daripada Ibn
al-Shalah. Ulasan
kitab al-Taqyid
wa al-Idah li ma
Utliqa
wa Ughliqa min Muqaddimah Ibn al-Shalah
pula didahulukan dengan simbol (
ع), ia membawa erti العراقي, kemudian dibawa nas daripada al-Hafiz al-‘Iraqi.
2. Setelah
dibawa nas daripada kitab Ibn al-Shalah, al-Hafiz Ibn
Hajar
memulakannya dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap al-Hafiz Ibn
al-Shalah.
Kritikan-kritikan ini dibawa dalam nombor berturut. Selepas setiap kritikan,
al-Hafiz Ibn
Hajar
akan terus menjawab dengan mengemukakan hujah-hujah beliau sama ada menolak
kritikan yang dilemparkan atau menyokongnya.
3. al-Hafiz Ibn
Hajar
menambah perbincangan atau masalah yang tidak disentuh oleh al-Hafiz Ibn
al-Salah. Penambahan
ini didahulukan dengan perkataan تنبيهات
atau
perkataan الفائدة.
4. Kaedah
yang digunakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar
ialah beliau amat menitikberatkan rujukan kepada sumber-sumber asli yang
terdahulu. Setiap kali menukilkan sesuatu daripada sumber-sumber tersebut, al-Hafiz Ibn
Hajar
akan menyatakannya dan kadang-kadang turut menyebut nama bab daripada sumber
tersebut. Contohnya : “…Di antaranya kata-kata al-Shaikh Mahy
al-Din di dalam mukadimah kitab Minhajnya…”
al-Hafiz Ibn
Hajar
tidak mengambil maklumat daripada kitab-kitab terkemudian yang menukilkannya
daripada kitab lain yang terdahulu daripadanya. Bahkan al-Hafiz Ibn
Hajar
akan menegur serta mengkritik sesiapa yang terkeluar
daripada kaedah ini.
5. al-Hafiz Ibn Hajar memberi penekanan dan memastikan
ketelitian di dalam mengemukakan pentakrifan atau pengertian sesuatu jenis
hadith. Penekanan dalam aspek ini dapat mengelakkan daripada sebarang
pertikaian ulama lain, sepertimana yang berlaku kepada ulama terdahulu.
6. al-Hafiz Ibn Hajar juga berusaha menghuraikan
ibarat-ibarat dan perkataanperkataan yang digunakan oleh al-Hafiz Ibn al-Shalah
ataupun ulama yang lain. Sebarang perkataan ang samar maksudnya atau susah
difahami akan diterangkan semula oleh al-Hafiz Ibn Hajar.
7. Perbincangan-perbincangan yang telah dihuraikan di
dalam kitabnya yang terdahulu cuma akan dinyatakan kitab dan diminta pembaca
merujuknya kembali kepada kitab yang dinyatakan. Contohnya : Di dalam bab hadith hasan ketika
mendatangkan contoh-contoh hadith hasan yang dikuatkan dengan isnad yang lain hingga
menjadi hadith sahih: “...Ada banyak lagi contohnya yang telah aku
nyatakan di dalam mukadimah Sharh al-Bukhari...”
8.
Setiap ulasan yang
telah dikemukakan dan memerlukan kepada pengulangan beliau hanya akan
mengisyaratkan bahawa ulasan dan perbincangan tersebut telah dinyatakan
sebelumnya. Contoh: “Telah kami nyatakan sebelum ini” “Sepertimana yang telah
ditetapkan pada perbincangan berkenaan dengan hadith
hasan ”.
9.
.al-Hafiz Ibn
Hajar banyak merujuk kepada kupasan gurunya al-Hafiz al-‘Iraqi. Ini jelas di
dalam banyak ulasan yang dilakukan. Beliau akan menggunakan lafaz: “...Telah
dijawab perkara ini oleh guru kami al-Hafiz al-‘Iraqi di dalam Syarh Manzumah-nya...”.
10.
Begitu juga jelas
terpancar sifat tawaduk dan merendah diri yang dimiliki oleh al-Hafiz Ibn
Hajar, beliau akan mengakhiri perbincangan dan pendapatnya dengan kalimah: wallahu a’lam serta wallahu muwaffiq serta beradab di dalam mengkritik dan mempersoalkan
pendapat ulama terdahulu. Beliau menggunakan perkataan: “Telah berlaku
kepadanya sedikit kesilapan”, “Berlakunya kecelaruan ini adalah disebabkan
oleh...”.
Secara umumnya, metodologi yang
digunakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar telah berjaya menghuraikan kitab Muqaddimah Ibn al-Shalah dengan cara yang terperinci dan teratur. Hasil daripada
pengamatan pengkaji, ulasan yang diberikan oleh al-Hafiz Ibn Hajar terhadap
kitab Muqaddimah Ibn al-Shalah menggambar ketinggian ilmu dan pengkajiannya
terhadap ilmu hadith.
Sumber: Artikel ini merupakan petikan
dari artikel yang bertajuk: ‘KITAB AL-NUKAT 'ALA KITAB IBN
AL-SALAH OLEH AL-HAFIZ IBN HAJAR AL-ASQALANI’.
Untuk membaca artikel penuh mengenai biodata pengarang dan kitab al-Nukat ini,
sila klik tajuk artikel di atas.
No comments:
Post a Comment