Kali
ini saya ingin memperkenalkan sebuah kitab terjemahan Tafsir Ibnu Katsir, yang
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Kitab terjemahan ini sudah lama
saya miliki, dan menjadi bahan bacaan dan rujukan saya. Berikut maklumat
ringkasnya.
Penterjemah:
H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy
Penerbit:
Victory Agencie, Kuala Lumpur (edisi Malaysia)
Penerbit
(asal): PT. Bina Ilmu, Surabaya. (1992)
Diterbitkan
dengan 9 Jilid dalam 8 buku. Jilid 8 dan 9,dihimpunkan dalam satu buku.
Berdasarkan
judul dalam bahasa Arab yang terpapar di bahagian atas cover depannya “ Tarjamah Mukhtashar Tafsir Ibn Katsir”,
pada mulanya saya membuat andaian buku ini merupakan terjemahan bagi sebuah Mukhtashar
Tafsir Ibn Katsir dalam versi‘Arab, yang telah disusun oleh seorang ulama dari
Timur Tengah.
Namun,
apabila saya melihat judul dalam bahasa Indonesia di bahagian tengah covernya “Terjemahan
Singkat Tafsir Ibnu Katsier” dan membaca kata pengantar penterjemahnya,
saya membuat kesimpulan bahawa buku tafsir ini telah diterjemahkan dari kitab
Tafsir Ibn Katsir yang asal, dengan membuat beberapa keringkasan, sebagaimana
yang disebutkan oleh penterjemah;
“Penerjemahan ini kami lakukan agak bebas dan
tidak terlalu letterlijk (harfiyah), bahkan jika dalam penafsiran sesuatu ayat
kami temui beberapa hadis yang maksudnya bersamaan, maka kami merasa cukup satu
atau dua hadis tersebut. Demikian pula mengenai sanad, langsung kami sebut nama
sahabat yang mendengarnya dari Rasulullah saw ”
Oleh
itu, buku tafsir ini bukanlah terjemahan sebuah kitab mukhtashar Tafsir Ibn
Katsir yang telah telah disusun oleh ulama lain sebelumnya, bahkan penterjemah
merupakan peringkas atau penyusun mukhtashar bagi Kitab Tafsir Ibn Katsir itu
sendiri. Jika andaian ini benar, maka buku tafsir ini boleh dianggap sebuah
kitab mukhtashar Ibn Katsir dalam bahasa Indonesia. Wallahu a’lam.
Kandungan
Di
permulaan setiap jilid dilampirkan kata pengantar penterjemah dan “Kata
Pengantar Imam Ibnu Katsir”. Berikut disebutkan susunan surah-surah dalam kitab
tafsir ini;
Jilid
1 : Surah al-Baqarah
Jilid
2 : Surah Ali ‘Imran dan al-Nisa’
Jilid
3 : Surah al-Maidah, al-An’am, dan al-Anfal
Jilid
4 : Surah al-Taubah, Yunus, Hud, Yusuf, al-Ra’d, Ibrahim, al-Hijr, dan al-Nahl.
Jilid
5 : Surah al-Israk, al-Kahfi, Maryam,
.......hingga surah al-Nur.
Jilid
6 : Surah al-Furqan, al-Syu’ara’, al-Naml, al-Qashash, .....hingga surah Yaasin.
Jilid
7 : Surah al-Shaffat ....hingga surah
al-Rahman.
Jilid
8 : Surah al-Waqi’ah ....hingga surah al-Mursalat.
Jilid
9 : Surah al-Naba’ .... hingga surah al-Nas.
Surat Al baqarah
ReplyDelete