Kitab Nahaj al-Thalib li Asyraf al-Mathalib (نهج الطالب لاشرف المطالب ) adalah sebuah karya fiqh mazhab
Syafi’i yang disusun oleh Syaikh Abu Hadiy Muhammad bin Ahmad bin Hasan bin
Abdul Karim al-Khalidi al-Jawhari (1215H).
Kitab ini disusun sebagai ringkasan (mukhtashar)[1] bagi kitab Manhaj al-Thullab (منهج الطلاب), iaitu sebuah karya fiqh yang disusun oleh Syaikhul Islam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari (926H)[2].
Kitab ini disusun sebagai ringkasan (mukhtashar)[1] bagi kitab Manhaj al-Thullab (منهج الطلاب), iaitu sebuah karya fiqh yang disusun oleh Syaikhul Islam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari (926H)[2].
Kitab Nahaj al-Thalib kemudiannya telah diberikan huraian (syarah)
sendiri oleh Syaikh Muhammad al-Jawhari melalui karya beliau yang berjudul Ittihaf al-Raghib Ila Nahaj al-Thalib li Asyraf
al-Mathalib (اتحاف
الراغب الي نهج الطالب لاشرف المطالب).
Kitab Ittihaf al-Raghib pula telah diberikan hasyiah
(komentar/catatan pinggir) oleh beberapa ulama, iaitu;
a)
Syaikh Abdullah
Suwaidan bin Ali al-Damliji al-Dharir al-Mishri (1234H).
b)
Syaikh Muhammad
Abdul Hayy al-Syubaini ( abad ke13 H).
Manuskrip kitab Ittihaf al-Raghib boleh dimuat turun melalui pautan
اتحاف الراغب الي نهج الطالب لاشرف المطالب.
Semoga bermanfaat.
[1]
Selain kitab
Nahaj al-Thalib karya Syaikh Muhammad al-Jawhari ini, terdapat juga para ulama
yang lain yang menyusun kitab ringkasan Manhaj al-Thullab, antaranya;
a) Syaikh Syihabuddin Ahmad bin
Muhammad al-Ghazi (983H), melalui karya beliau yang berjudul al-Nahaj
Mukhtashar al-Manhaj.
b) Syaikh Ali bin Syibli al-Syubaini
(1189H).
c) Syaikh Zaynuddin Ahmad bin Abdul
Aziz bin Zaynuddin al-Malibari al-Fannani (987H), melalui karya beliau yang
berjudul Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din (قرة العين بمهمات الدين).
[2]
Kitab Manhaj
al-Thullab pula merupakan ringkasan bagi kitab Minhaj al-Thalibin (منهاج الطالبين),
iaitu karya al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).
Sedangkan kitab Minhaj al-Thalibin pula merupakan ringkasan bagi kitab al-Muharrar (المحرر),
karya al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad bin Abdul Karim al-Rafi-‘iy
al-Qazwini (555-624H). Manakala kitab al-Muharrar sendiri merupakan ringkasan
bagi kitab al-Wajiz karya
Imam Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali (505H).
No comments:
Post a Comment