Buku
Rahsia 99 Nama Allah: Mengenal Allah Dari Seluruh Aspeknya adalah sebuah buku yang disusun oleh
al-Marhum Ust. Abdullah al-Qari bin Hj Salleh (1936 - 2020). Buku ini
diterbitkan dengan cetakan pertamanya pada tahun 1982, oleh Pustaka Aman Press,
Kota Bharu. Berdasarkan cetakan ke-7
(1993), ketebalan buku ini merangkumi 128 halaman.
Menurut
penyusun / penterjemah (Ust Abdullah al-Qari), kandungan buku ini sebahagian
besarnya adalah daripada terjemahan kitab Mukhtasar Fi Ma’ani Asmaa illah
al-Husna (مختصر في معاني أسماء الله الحسنى),
iaitu sebuah karya al-Ustaz Mahmud Saami Bik – yang penyusunannya berdasarkan
antara lain ialah daripada kitab al-Maqshid al-Asna fi Syarh Asmaa-illah
al-Husna (المقصد الاسنى في شرح اسماءالله الحسنى),
karya Hujjah al-Islam Imam al-Ghazali (505H) dan kitab Lawaami’ al-Bayaanat
fi Syarh Asmaa-illah Ta’ala wa al-Shifaat, karya al-Imam Syaikh
al-Islam Fakhruddin al-Razi (1209M).
Di
samping kandungan terjemahan dari kitab asalnya, penterjemah juga telah
menambah maklumat tambahan bagi melengkapkan lagi huraian nama-nama Allah yang terkandung dalam buku ini
di beberapa tempat yang perlu, yang dipisahkan dengan tanda .
. . .
Di
akhir buku ini, penterjemah telah melampirkan beberapa judul tambahan, iaitu;
a)
Cara
memohon melalui nama-nama Allah.
b)
Nama-nama
Allah al-Husna untuk dihafal
c)
Seruan
menggunakan Asma-ullah.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment