
- Lubab ash-Shudur
fil Hadist,
- Kasyful Manahij,
- al-Tafanih
fi Takhrij Hadits al-Masabih,
- al-Wadhih
al-Nabih Syarh Tanbih Abi Ishaq al-Syiraziy,
- Thabaqat al-Kubra.
Kandungan Kitab
Pengarang kitab ini menyebutkan
beberapa perkara yang berkaitan dengan pendapat Imam Syafi’i r.’a serta
dalil-dalil dan hujah-hujah yang menguatkan pendapat Imam al-Syafi’i. Beliau
juga menjawab beberapa perdebatan yang diarahkan kepada Imam Syafi’i. Tak lupa
pula beliau menerangkan beberapa perkara tentang Qaul Jadid dan Qaul Qadim.
Kitab ini terdiri dari 7 bab. Pada bab
ke 7, pengarang juga ada menerangkan sebab-sebab perbezaan pendapat di antara
para ulama dalam masalah ijtihadiyyah.
Kitab ini dicetak bersamaan dengan dua
kitab lain, iaitu kitab Nazhatuz Nufus fi Hukm at-Ta`amul bi al-Fulus,
sebuah kitab karya Abu Abbas Syihabuddin Ahmad bin Muhammad bin `Imad bin `Ali
yang lebih masyhur dengan Ibnu Ha-im (753H–815H). Kitab ini juga tak kalah
menarik, menerangkan bagaimana kedudukan wang, apakah sama dengan naqad emas
dan perak ataupun tidak.
Kitab yang ketiga adalah kitab al-Ma`mum al-Allazi Yu`tafaru lahu Tsalatsah
Arkan Thawilah, karya Syeikh Muhammad bin Ahmad bin `Amad Aqfahasy
(750H-808H) menerangkan tentang keadaan makmum yang dimaafkan melakukan rukun
thawilah. Ketiga kitab ini ditahqiq oleh Abi Abdullah Muhmmad bin Hasan bin
Ismail dan dicetak oleh Dar Kutub Ilmiyah Beirut-Libanon
No comments:
Post a Comment