Dalam buku ini terdapat 50 hadis Nabi saw yang disusun di bawah 50 tema/tajuk. Buku ini telah diterbitkan dalam dua jilid, di mana setiap jilid menghimpunkan 25 hadis Nabi saw. Jilid pertama – diterbitkan dengan cetakan pertama pada bulan Mac 2007, manakala Jilid kedua – diterbitkan dengan cetakan pertama pada bulan Julai 2007.
Buku Himpunan Hadis Modal Insan ini memaparkan
hadis-hadis yang merangkumi 4 aspek kehidupan, iaitu;
1) Membentuk peribadi dan
sahsiah insan: seperti akhlak, ilmu, sifat istiqamah, tafakur, syukur, berani,
benar, ikhlas, marah dan malu, muhasabah diri, sifat-sifat mahmudah dan
sifat-sifat mazmumah.
2) Bidang pekerjaan dan
kerjaya; seperti ketekunan bekerja, pengurusan masa, inovasi, memudahkan
urusan, contoh yang baik, menjauhi sifat malas dan sikap bertangguh kerja.
3) Perhubungan sesama manusia;
sperti kerjasama, nasihat menasihati, sifat mungkir janji dan dusta.
4) Bidang ekonomi; seperti
pembangunan, perbelanjaan dan mohon rezeki.
1.
Pokok persoalan atau tajuk
2.
Matan hadis
3.
Sanad
4.
Maksud hadis
5.
Riwayat hidup (manaqib)
serta sejarah perawi/ sahabat.
6.
Pengajaran hadis
7.
Sokongan ayat-ayat al-uran,
8.
Sokongan hadis-hadis yang
lain.
9.
Mutiara kata yang
berkaitan.
10. Suri teladan yang dapat diambil.
Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum tuan ada jual x.. Buku modal insan warna merah tu?
ReplyDelete