Kitab
al-Subhah al-Tsaminah Nazm al-Safinah (السبحة
الثمينة نظم السفينة) merupakan sebuah matan fiqh mazhab
Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam (syair). Kitab ini disusun oleh Sayyid
al-‘Allamah Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad (1325H) berdasarkan kitab Safinah
al-Najah (سفينة النجاة فيما يجب على العبد لمولاه),
iaitu matan fiqh yang disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Salim bin Abdullah bin Sa’ad
bin Sumair al-Hadhrami (1271H).
Kitab
al-Subhah al-Tsaminah ini telah disusun huraian (syarah)nya oleh Syeikh
Muhammad bin Ali Muhammad Ba ‘Athiyyah al-Du’ani () melalui karyanya yang
berjudul al-Durrah al-Yatimah Syarh al-Subhah al-Tsaminah Nazm
al-Safinah (الدرة اليتيمة
شرح السبحة الثمينة نظم السفينة).
Kitab
al-Sabhah al-Tsaminah ini boleh muat turun di pautan السبحة الثمينة. Manakala
kitab huraiannya boleh dimuat turun di pautan الدرة اليتيمة شرح السبحة الثمينة نظم السفينة.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment