Kitab Mukhtashar Ibnu Abi Jamrah atau judul sebenarnya Jam'u
al-Nihayah Fi Bad'i al-Khair wa al-Ghayah (والغاية الخير بدء في النهاية جمع) merupakan mukhtashar (ringkasan)
bagi Kitab al-Jami’ al-Shahih al-Bukhari.
Ia telah diringkaskan oleh al-Imam al-Muhaddith Abu Muhammad Abdullah Sa'ad bin
Abi Jamrah al-Azdi al–Andalusi (699H), yang terkenal dengan gelaran Ibnu Abi
Jamrah. Beliau merupakan seorang muhaddith, sufi dan faqih.
Kitab mukhtasar yang lebih dikenali sebagai Mukhtasar Ibn Abi Jamrah ini memuatkan 294 hadis sahih yang
disaring daripada 7397 buah hadis dalam al-Jami' al-Shahih al-Bukhari.
Kitab ini, kemudiannya telah beliau syarahkan dan diberi judul "Bahjah
al-Nufus wa Ghayatuha[1]
bi Ma'rifati Ma Laha wa 'Alaiha."
al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad
bin Muhammad bin Hajar Al-‘Asqalani (852H), turut mengutip beberapa penjelasan
yang terdapat dalam kitab Syarah "Bahjah al-Nufus" di
dalam kitabnya Fathul Bari.
Selain kitab Bahjah al-Nufus
karya Ibn Abi Jamrah tersebut terdapat beberapa kitab lain yang disusun oleh
ulama terkemudian bagi menghuraikan kandungan kitab Mukhtashar Ibn Abi Jamrah,
antaranya; "Hasyiyah al-Syeikh Muhammad al-Sanwani ‘ala Mukhtashar
Ibn Abi Jamrah", karya al-Syeikh Muhammad bin Ali al-Syafi’i al-Syanwani
bekas Syeikh al-Azhar, Mesir.
Kitab Mukhtashar Ibn Abi Jamrah ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu oleh Ustaz Mustafa Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Dewan Pustaka
Fajar.
[1] Setengah cetakan disebutkan dengan Bahjah al-Nufus wa Tahliluha…….
No comments:
Post a Comment