Kitab Safinah al-Naja atau judul lengkapnya "Safinah al-Najah Fiima Yajib `ala Abdi Ii Mawlah" (perahu keselamatan di dalam mempelajari kewajiban seorang hamba kepada Tuhannya) merupakan sebuah kitab fiqh dalam mazhab al-Syafi’i karya Syeikh Salim bin Abdullah bin Sa'd bin Samir al-Hadhrami al-Syafi’i. Kitab Safinah al-Naja yang ada dalam koleksi saya, judulnya dicatatkan sebagai Safinah al-Naja fi Ushuluddin wa al-Fiqh ‘ala Mazhab al-Syafi’i.
Kitab ini, walaupun kecil
bentuknya akan tetapi sangatlah besar manfaatnya. Di setiap kampung, kota dan
negara hampir semua orang mempelajari dan bahkan menghafalkannya, baik secara
individu maupun kolektif. Di berbagai negara, kitab ini dapat diperolehi dengan
mudah di berbagai lembaga pendidikan, kerana baik para pelajar maupun para
ulama sangatlah gemar mempelajarinya dengan teliti dan saksama. Hal ini terjadi
kerana beberapa faktor, di antaranya:
1. Kitab ini mencakup pokok-pokok
agama secara terpadu, lengkap dan utuh, dimulai dengan bab dasar-dasar
syari'at, kemudian bab bersuci, bab shalat, bab zakat, bab puasa dan bab haji
yang ditambahkan oleh para ulama lainnya.
2. Kitab ini disajikan dengan bahasa
yang mudah, susunan yang ringan dan redaksi yang mudah untuk dipahami serta
dihafal. Seseorang yang serius dan memiliki kemauan tinggi akan mampu
menghafalkan seluruh isinya hanya dalam masa dua atau tiga bulan atau mungkin
lebih cepat.
3. Kitab ini ditulis oleh seorang
ulama yang terkemuka dalam berbagai bidang ilmu keagamaan, terutama fiqh dan
tasawwuf. Yang sangat menarik, orang lebih mengenal nama kitabnya dari pada
nama penulisnya. Hal yang demikian itu mungkin saja berkat keikhlasan dan ketulusan
penulis.
4. Kitab ini menjadi acuan para
ulama dalam memberikan pengetahuan dasar agama bagi para pemula. Di Hadramaut
Yaman, Madinah, Mekkah dan kota lainnya, para ulama menggunakan kitab ini
sebagai silibus bagi kelas pengajian mereka.
5. Kitab ini membicarakan hal-hal
yang selalu menjadi kebutuhan seorang muslim dalam kehidupan sehari-hari,
sehingga semua orang merasa perlu untuk mempelajarinya. Kitab Safinah ini dengan izin
Allah SWT. dan atas kehendak-Nya telah tersebar secara luas di kalangan para
pecinta ilmu fiqih terutama yang menganut Madzhab Imam Syafi'i ra. Kitab ini
dikenali di berbagai Negara, baik Arab maupun Ajam seperti Yaman, Mekkah,
Madinah, Jeddah, Somalia, Ethiopia, Tanzania, Kenya, Zanjibar, dan di berbagai
belahan negara-negara Afrika. Namun demikian perhatian yang paling besar
terhadap kitab ini telah diberikan oleh para ulama dan pecinta ilmu, yang hidup
di Alam Melayu termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, dan negara-negara
lainnya. Kitab ini juga telah
diterjemahkan dalam berbagai bahasa asing seperti Indonesia, Melayu, Sunda,
India, Cina, dan lainnya.
Para ulama telah memberikan
perhatian dan khidmat yang besar kepada kitab Safinah sesuai dengan kemampuan
dan keahlian mereka masing-masing. Banyak di antara mereka yang menulis syarah
(buku penjelasan) bagi kitab Safinah al-Naja, di antara nama-nama kitab tersebut
adalah:
1. Kitab Kasyifah al-Saja ‘ala Safinah
al-Naja (menyingkap tabir kegelapan dengan syarah kitab safinah). Kitab
syarah ini adalah yang terbesar dan terluas dari yang lainnya, dipenuhi dengan
masalah-masalah fiqih yang pokok dan mendasar. Kitab ini ditulis oleh seorang
ulama dari Jawa Bara,t iaitu Syeikh Nawawi Banten. Beliau dilahirkan pada tahun
1230 H (1815M) dan berangkat ke Mekkah untuk mencari ilmu ketika masih kecil.
Setelah mendalami ilmu agama, di kota suci Mekkah, beliau juga belajar dari
para ulama di kota suci Madinah, Syiria, dan Mesir. Beliau mengajar di Masjidil
Haram Mekkah selama puluhan tahun sampai meninggal dunia pada tahun 1314 H
(1897 M)
2. Kitab Durrah Tsaminah Hasyiyah ‘ala
Safinah (Permata yang mahal dalam keterangan safinah). Kitab ini sangat
penting untuk dimiliki oleh para pecinta ilmu, kerana dilengkapi dengan dalil-dalil
yang bersumber dari al-Qur'an dan Hadis Nabi saw. Kitab ini ditulis oleh Syeikh
Ahmad bin Muhammad al-Hadrawi, seorang ulama dari Mekkah. Kitab ini ditulis
pada awalnya di kota Musowwi Ethiopia, atas petunjuk gurunya iaitu Syeikh
Muhammad al-Syadzili Maroko dan diselesaikan di kota Thaif. Penulis syarah
ini dilahirkan di Iskandariah Mesir pada tahun 1252 H (1837 M) dan meninggal
dunia di Mekkah pada tahun 1327 H (1909 M).
3. Kitab Nailu al-Raja Syarah Safinah al-Naja
(Meraih harapan dengan syarah safinah), Syarah ini sangat dipenuhi dengan
ilmu, hampir menjadi kebutuhan setiap pengajar yang akan menerangkan kitab
Safinah. Kitab ini ditulis oleh seorang ulama besar dari Hadramaut Yaman, iaitu
Sayyid al-Habib Ahmad bin Umar al-Syatiri. Beliau dilahirkan di kota Tarim
Hadramaut pada tahun 1312 H (1895 M), dan di sana pula beliau mempelajari ilmu
agama sehingga tumbuh berkembang menjadi ulama yang terkemuka. Beliau sangat dicintai
gurunya iaitu Syaikhul Islam, Sayyid Abdullah bin Umar al-Syatiri, ulama besar
pada zamannya. Penulis syarah ini meninggal dunia pada usia yang masih muda, iaitu
sebelum beliau berumur 50 tahun.
4. Kitab Nasiim al-Hayah Syarah Safinah
al-Najah. Syarah ini hampir sama dengan syarah yang ditulis oleh Syekh
Nawawi Banten, tetapi memiliki tambahan dengan banyaknya dalil dan perincian
yang teliti. Kitab ini ditulis oleh Syekh al-Faqih al-Qadhi Abdullah bin Awad
bin Mubarok Bukair, seorang ulama kenamaan yang ahli dalam bidang fiqih di
Hadramaut Yaman. Beliau dilahirkan di desa Ghail Bawazir tahun 1314 H (1897
M). Sejak kecil beliau sangat gemar mendalami ilmu syari'at dari berbagai ulama
di antaranya adalah al-Imam Habib All bin Muhammad al-Habsyi, Syeikh Umar bin
Mubarok Badubbah, Syeikh Umar bin Salim Bawazir dan lain-lain. Setelah tersebar
keilmuannya, beliau menjadi qadhi di Mukalla sejak tahun 1351 H (1933 M) sampai
tahun 1386 H (1967 M). Syeikh Abdullah meninggal dunia pada tahun 1399 H (1979
M) di kota Mukalla setelah memberikan pengabdiannya yang tulus kepada umat
Islam.
5. Kitab Innarah al-Duja bi Tanwir al-Hija
Syarah Safinah al-Naja. Salah satu syarah yang sangat otentik dan
terpercaya kerana dipenuhi dengan argumentasi dari al-Qur'an dan hadis. Yang
unik, syarah ini ditulis oleh salah satu ulama dari Madzhab Maliki iaitu Syeikh
Muhammad bin Ali bin Husein al-Maliki, seorang ulama yang sangat ahli dalam
berbagai ilmu agama, Beliau juga sangat terpandang dalam bidang ilmu bahasa
dan sastra Arab. Beliau dilahirkan di Mekkah tahun 1287 H/1870 M) dan meninggal
dunia tahun 1368 H (1949 M). Puncak kemasyhurannya adalah ketika beliau
diangkat sebagai Mufti Madzhab Maliki di kota suci Mekkah a1-Mukarramah. Tokoh
kita ini juga sangat produktif, koleksi karyanya lebih dari 30 kitab, di
antaranya adalah syarah safinah tersebut.
Dari kalangan para ulama ada pula
yang tertarik menjadikan kitab safinah ini dalam bentuk syair-syair yang digubah
dengan mudah dan indah, tercatat di antara nama-nama mereka adalah:
1. Sayyid Habib Abdullah bin Ali bin
Hasan aI-Haddad.
2.
Sayyid
Habib Muhammad bin Ahmad bin Alawy Ba~agil.
3.
Kyai Syeikh
Shiddiq bin Abdullah, Lasem.
4.
Syeikh
Muharnrnad bin Ali Zakin Bahanan.
5. Sayyid
Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad.
Dari tulisan di atas, kiranya kita telah mampu
memahami betapa penting kitab Safinah al-Naja ini, sebagai rujukan asas bagi para
pemula dalam mempelajari ilmu agama, sebagaimana namanya, iaitu Safinah yang
berarti "perahu" dia akan menyelamatkan para pecintanya dari gelombang
kebodohan dan kesalahan dalam beribadah kepada Allah SWT.
Diubahsuai dari artikel asalnya dari pautan
http://kampungmete.blogspot.com/2012/05/kitab-safinatun-najah.html
Klik "Safinah al-Naja" untuk mendowload kitabnya atau
pautan berikut untuk membaca terjemahannya;
http://abangdani.wordpress.com/2011/05/24/download-ebook-terjemah-matan-kitab-safiinatun-najaah-syaikh-salim-bin-sumair-al-hadhramiy/
http://www.archive.org/download/TerjemahKitabMatanSafiinatunNajaah/TerjemahMatanSafiinatunNajaah.pdf
Baca
secara online http://www.scribd.com/oc/38822008/KITAB-FIQIH-SAFINATUN-NAJAH-Fikih-Ringkas-Karya-Salim-Bin-Smeer-Al-Hadromi Artikel yang berkaitan
a) http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/utju.jkt.pdf
b) http://bismillahku.blogspot.com/2011/07/terjemah-kitab-matan-safinatun-naja.html
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment