Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan البهجة المرضية في شرح البهجة الوردية.
Semoga bermanfaat.
Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan البهجة المرضية في شرح البهجة الوردية.
Semoga bermanfaat.
Kitab
ini disusun sebagai huraian bagi kitab Minhaj al-Thalibin (منهاج الطالبين), karya al-Imam Muhyiddin Abu
Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
Berdasarkan edisi yang diterbitkan oleh Dar al-Minhaj pada tahun 2004, kitab ini telah dicetak dalam 10 jilid.
Ia boleh dimuat turun di pautan https://archive.org/compress/WAQ62367/formats=IMAGE%20CONTAINER%20PDF&file=/WAQ62367.zip
Semoga
bermanfaat.
Kitab ini disusun sebagai hasyiah bagi kitab Syarh al-Ramli ‘ala Sittin Mas-alah (شرح الرملي على متن الستين مسألة), iaitu merupakan sebuah karya fiqh yang disusun oleh al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad al-Anshari al-Ramli (957H).
Manakala
kitab Syarh al-Ramli pula disusun sebagai huraian bagi kitab al-Sittin
Mas-alah (الستين مسألة)
iaitu sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang ringkas, yang menghimpunkan enam
puluh masalah agama yang perlu diketahui oleh umat Islam. Kitab ini merupakan
hasil karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid,
seorang yang terkenal dengan kesalihannya dan banyak beribadat.
Beliau wafat pada 14 Rabi’ul Awal tahun 819 hijrah.
Kitab Hasyiah al-Diyamthi 'ala Syarh
al-Ramli 'ala al-Sittin Mas-alah boleh dimuat turun di pautan حاشية الدمياطي على شرح الرملي على متن الستين مسألة.
Semoga bermanfaat.
Kitab al-Ahammu Fi Fiqh Thalib al-Ilm Mukhtashar Kitab al-Taqrirat al-Sadidah (الأهم في فقه طالب العلم مختصر كتاب التقريرات السديدة) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i terkini yang menjadi rujukan para pelajar dan ulama.
Kitab ini disusun oleh Habib Hasan bin Ahmad bin Muhammad
bin Salim al-Kaf sebagai ringkasan (mukhtshar) bagi karya beliau yang berjudul al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah (التقريرات السديدة فى المسائل المفيدة).
Kitab ini boleh dimuat turun melalui
pautan الأهم في فقه طالب العلم مختصر كتاب التقريرات السديدة .
Semoga bermanfaat.
Kitab
Sullam al-Shibyan (سلم الصبيان ) merupakan sebuah
karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun dalam bahasa Melayu. Kitab ini disusun
oleh al-Alim al-Allamah al-Faqih Tuan Guru Haji Chik Bin Ahmad al-Qodahi (1898
- 2002). Beliau merupakan anak murid kepada Tok Kenali, Tok Bermin Fathani juga
kepada Abdullah Fahim.
Kitab
ini boleh dikatakan kitab fiqh jawi paling lengkap dalam membicarakan bab
Ibadat pada zaman ini. Di dalamnya terdapat berpuluh-puluh masalah yang
berkaitan dengan Ibadat. Sesuai dijadikan rujukan dan digunakan untuk mengajar.
Bahasa yang digunakan juga tidaklah terlalu lama atau terlalu moden
Berdasarkan terbitan Darul Busyra tahun 2020, kandungan kitab ini merangkumi 524 halaman. Semoga bermafaat.
Kitab
ini terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama mengandungi tafsir dan
penjelasan bagi beberapa ayat- al-Quran yang berkaitan dengan wanita. Manakala di
bahagian kedua pula mengandungi tafsir dan penjelasan bagi beberapa hadis yang
berkaitan dengan wanita.
Cakupannya
melingkupi masalah akidah, fiqhh ibadah, muamalah, adab, dan akhlak. Semua
pembahasan dibagi dalam 194 bab tafsir, dan 482 bab hadits. .
Kitab
ini merupakan karya yang paling lengkap dalam membahas ayat-ayat dan hadits-hadits
tentang wanita yang disertai dengan penjelasan yang detail dan mudah difahami
Kitab
ini telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh Wafa Press.
Kitab dalam versi Arabnya boleh dimuat turun di pautan حسن الأسوة بما ثبت من الله ورسوله في النسوة. Semoga bermanfaat.
Kitab Pohon Agama Bahagian
Rukun Iman merupakan sebuah kitab
dalam bahasa Melayu yang membicarakan mengenai akidah berdasarkan manhaj Ahlu
Sunnah wal Jamaah. Kitab ini disusun oleh Yang Maha Mulia Maulana al-Sultan
al-Mu’azzam ‘Ala’eddin Sulaiman Shah, iaitu sultan yang memerintah negeri Selangor
pada tahun 1898 hingga 1938.
Berdasarkan Kitab Pohon Agama
Bahagian Rukun Iman pada bahagian kulit buku bertulisan jawi tertulis:
“Kitab Pohon Agama, Bahagian
Rukun Iman (yang menghantarnya) Yang Maha Mulia Maulana al-Sultan al-Mu’azzam
‘Ala’eddin Sulaiman Shah, Khaladallah Mulakah wa ‘Alahu Amin. Pelajaran
Kanak-kanak di Dalam Tempat Pelajaran Ugama Islam di Dalam Jajahan Selangor
Darul Ehsan. Mudah-mudahan Dijadikan Manfaat yang Berkekalan, Mada al-Zaman, 15
Jamadilakhir 1349/1930. Taba‘ yang Ketiga, ditaba‘ oleh New Klang Press, Klang”
Menurut al-Marhum Ustaz Haji Wan
Mohd. Shaghir; Kitab Pohon Agama Bahagian Rukun Iman, diselesaikan pada
1337H/1919M. Cetakan ketiga, Mathba‘ah New Klang Press, Klang, 15 Jamadilakhir
1349H/1930M.
Kitab ini telah disemak oleh
Mufti Selangor ketika itu, iaitu Tengku Mahmud Zuhdi. Berikut dilampirkan
pandangan beliau tentang kitab ini dimuatkan dengan kata-katanya:
“Terlihatlah hamba yang daif
atas kitab ini, Pohon Ugama, karangan bagi Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Maulana al-Mu‘azzam Sir Alauddin Sulaiman Syah... Maka patut dijadikan
pelajaran kanak-kanak yang mubtadi pada tiap-tiap sekolah ugama supaya
berkekalan manfaatnya istimewa pula..”.
Kandungan yang menjadi topik
perbahasan keseluruhan ialah mengenai akidah. Dalam kitab ini kita akan dapat
mengetahui kecenderungan mazhab dalam akidah baginda iaitu berdasarkan Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
Metodologi penulisan kitab ini
adalah berdasarkan soal-jawab, iaitu simbul huruf (س ) mewakili soalan, huruf (ج ) pula mewakili jawapan, kecuali dalam Pelajaran 10, 11,
12, 13, 14, 15, 16, 17 dan 18, iaitu dengan pendekatan penerangan secara
langsung. Di samping itu pengarang turut memberikan soalan pengukuhan di akhir
perbincangan bagi setiap pelajaran kecuali Pelajaran 10.47.
Contoh soal jawab pada Bahagian
Agama: [Soalan] Apa Awaluddin, ertinya pertama-tama yang diwajibkan pada agama
itu? [Jawapan] Awaluddin itu ma’rifatullah, ertinya mengenal Allah Ta’ala.
Kitab Pohon Ugama ini telah disusun ringkasan dan syarah (huraian)nya oleh cicit baginda pengarangnya, iaitu YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin al-Azhari. Berikut karya beliau yang berkaitan kitab Pohon Agama;
1) Sharah Pohon Agama Sultan Ala’u al-Din Sulayman Shah Ibni Raja Muda Musa.
2) Aqidah Al-Sulaymaniyyah: Ringkasan Pohon Agama.
Kedua-dua kitab ini telah
diterbitkan oleh Akademi Jawi Malaysia.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
Kitab al-Tanqih Syarh al-Wasith (التنقيح في شرح الوسيط) adalah
sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Muhyiddin Abu
Zakariyya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).
Kitab
al-Ta’jiz fi Ikhtishar al-Wajiz (التعجيز في اختصار
الوجيز) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun
oleh al-Imam Tajuddin Abu al-Qasim Abdul
Rahim bin Muhammad bin Muhammad al-Mawshuli (598-671H). Kitab ini disusun
sebagai ringkasan bagi kitab al-Wajiz (الوجيز) , iaitu sebuah karya al-Imam Abu Hamid
Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (505H).