Showing posts with label Waliyuddin Abu Zur'ah. Show all posts
Showing posts with label Waliyuddin Abu Zur'ah. Show all posts

Wednesday, November 25, 2020

al-Bahjah al-Mardhiyyah fi Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah

Kitab al-Bahjah al-Mardhiyyah fi Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah (البهجة المرضية في شرح البهجة الوردية) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi al-Mishri (762-826H). 

Kitab ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Bahjah al-Wardiyyah, karya  al-Imam Zaynuddin Abu Hafsh ‘Umar bin al-Muzaffar bin ‘Umar al-bin al-Wardi Mu’arri al-Kindi (749H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Wardi.     

Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan البهجة المرضية في شرح البهجة الوردية.

Semoga bermanfaat.

Sunday, December 10, 2017

TANQIH AL-LUBAB (تنقيه اللباب)


Kitab Tanqih al-Lubab (تنقيه اللباب), merupakan sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah  Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H ).

Imam Waliyuddin Abu Zur’ah  al-‘Iraqi  menyusun kitab Tanqih al-Lubab  ini sebagai ringkasan bagi kitab al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’i (اللباب في الفقه الشافعي), iaitu sebuah karya al-Imam al-Qadhi Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H ).

Kitab Tanqih al-Lubab ini, kemudiannya telah dihuraikan (disyarah) oleh beberapa ulama, antara;
a)     Burhanuddin Ibrahim bin Musa al-Karki al-Syafi'i (853H)
b)     Jalaluddin Muhammad bin Abdul Rahman al-Shiddiqi al-Syafi'i (891H)

Selain kitab huraiannya, kitab Tanqih al-Lubab ini telah diringkaskan pula Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H) melalui karyanya yang berjudul Tahrir Tanqih al-Lubab (تحربر تنقيه اللباب). Syaikh al-Islam kemudiannya telah menghuraikan kitabnya tersebut dengan karyanya yang lain, iaitu kitab Syarh al-Tahrir atau judul lengkapnya Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab.

Semoga bermanfaat.