Isi kandungan kitab ini menerangkan beberapa permasalahan fiqh yang disebut dalam dua buah kitab utama mazhab Syafi’i, iaitu;
1) Kitab
2) Kitab Rawdhah al-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin (روضة الطالبين وعمدة المفتين), karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).
Dalam kitab ini, Imam al-Zarkasyi menukil dan menyusun kembali beberapa permasalahan fiqh yang terdapat dalam kedua-dua kitab tersebut berdasarkan bab-bab fiqh yang berkaitan, kerana terdapat beberapa permasalahan fiqh dalam kitab-kitab tersebut yang tidak diletakkan mengikut bab-bab sepatutnya.
Sebelum
penyusunan kitab ini, ada di kalangan ulama tidak menjumpai beberapa permasalahan
fiqh yang dicari dalam kitab karya dua Imam ini, kerana ia disebut dalam bab
yang lain. Perkara ini menyebabkan mereka beranggapan permasalahan tersebut
tidak disebut oleh dua Imam dalam kitab mereka itu, sedangkan ia sebenarnya ada
disebutkan dan dijelaskan oleh mereka berdua.
Oleh itu, dengan penyusunan kitab Khabaya al-Zawaya ini, Imam al-Zarkasyi mengharapkan ia menjadi panduan dan memudahkan para ulama dan penuntut ilmu untuk merujuk pandangan Imam al-Rafi’i dan Imam al-Nawawi dalam kedua-dua kitab mereka.
Kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://ia801300.us.archive.org/8/items/FP99589/99589.pdf.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment