Kitab Tuhfah al-Thullab fi Nazhm Masa-il al-Irsyad (تحفة الطلاب في نظم مسائل الإرشاد) merupakan
sebuah karya al-Qadhi Shafiyuddin Ahmad bin Umar al-Mazjad al-Zabidi al-Syafi’i
(929H).
Kitab ini disusun dalam bentuk nazam (puisi) berdasarkan kitab al- Irsyad (الإرشاد) atau judul penuhnya Irsyad al-Ghawi ila Masalik al-Hawi (إرشاد الغاوي إلى مسالك الحاوي), iaitu sebuah karya al-Imam Ibn al-Muqri, Ismail bin Abu Bakr bin Abdullah al-Muqri al-Zabidi al-Yamani (755-837H).
Kitab Tuhfah al-Thullab fi Nazhm Masa-il
al-Irsyad ini mengandungi sebanyak 584 bait nazam.
Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan تحفة الطلاب في نظم مسائل الإرشاد.
No comments:
Post a Comment